mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh Media Sosial dalam Pilihanraya Umum di Malaysia: Kajian Kes Belia Luar Bandar dalam PRU 13 di DUN Kampung Gajah, Perak

Abdul Malek, Azmi and Abdullah, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee and Abdul Aziz, Abdul Rahman and Agus, Mohd Razali (2018) Pengaruh Media Sosial dalam Pilihanraya Umum di Malaysia: Kajian Kes Belia Luar Bandar dalam PRU 13 di DUN Kampung Gajah, Perak. International Journal of Society, Development and Environment in the Developing World, 2 (1). pp. 1-16. ISSN 2590-387X

[thumbnail of IJSDEDW 2 1 2018 1 16.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (345kB) | Request a copy

Abstract

Tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa hari ini faktor pengaruh media sosial memang tidak dapat disisihkan dalam sebarang analisis pilihanraya politik.Di Malaysia, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di peringkat kerusi Parlimen menunjukkan pengurangan jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) apabila parti ini hanya memenangi 133 kerusi berbanding 140 kerusi dalam PRU ke-12. Adakah ini disebabkan oleh pengaruh media social? Kajian ini mengenal pasti dan menilai sejauhmanakah pengaruh media sosial (MS) seperti Facebook, Twitter, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan YouTube mempengaruhi golongan muda luar bandar dalam menentukan pola pengundian di kawasan kajian di DUN Kampung Gajah yang terletak di dalam Parlimen Pasir Salak, Perak.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan cara temubual secara mendalam dengan 20 orang responden belia berumur 25 hingga 40 tahun serta 20 responden berumur 40 tahun untuk tujuan perbandingan.Hasil kajian mendapati bahawa meskipun media sosial memberi kesan kepada pola pemilihan dalam kalangan pengundi muda luarbandar namun pengaruhnya tidaklah begitu signifikan berikutan terdapat aspek lain yang mempengaruhi pola tersebut termasuk aspek kualiti calon dan kekuatan jentera parti.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pilihanraya, media sosial, belia, luar bandar
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 24 May 2018 00:34
Last Modified: 24 May 2018 00:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24114

Actions (login required)

View Item View Item