mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gerakan politik mahasiswa di Malaysia

Embi, Muhamad Ali and Abdul Hamid, Ahmad Faiz (2005) Gerakan politik mahasiswa di Malaysia. In: Esei-esei Pentadbiran Awam. Pearson/Prentice Hall, Petaling Jaya, pp. 3-27. ISBN 9833205445

[thumbnail of Bah.1_Pengurusan_Politik_Gerakan_Politik_Mahasiswa_Di_Malaysia_01.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (323kB)

Abstract

Penglibatan para mahasiswa di dalam kegiatan bercorak politik sering menjadi perhatian dan kritikan pelbagai pihak. Walaubagaimanapun penyertaan mereka secara aktif di dalam kegiatan politik 'bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini adalah kerana Pusat Pengajian Tinggi itu sendiri adalah alam politik yang terdiri daripada para pentadbir, pensyarah dan mahasiswa. Mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi adalah merujuk kepada segolongan individu pelajar yang sedang mengikuti satu proses pendidikan yang tersusun dan terancang seperti di universiti, institut, kolej, akademi ataupun politeknik. Manakala istilah politik pula adalah menyentuh urusan yang berkaitan pemerintahan negara yang mencakupi aspek seperti kekuasaan, ekonomi dan sosial. Maksud politik ini juga boleh diperluaskan lagi iaitu meliputi pekara pekara seperti nilai kebangsaan, sifat patriotisme, pengetahuan kognitif(mengamati sesuatu) dan perasaan afektif (cinta) terhadap negara yang ada pada diri seseorang itu.Berdasarkan definisi di atas kegiatan politik mahasiswa di Pusat Pengajian Tinggi boleh dilihat dari pelbagai sudut. Ini adalah kerana politik itu bukan hanya memfokus terhadap urusan ha1 ehwal pemerintahan negara semata-mata malahan ia meliputi sesuatu yang lebih luas sehinggakan kecintaan kepada negara itu juga dikatakan sebagai termasuk di dalam urusan poIitik. Ini dapat dilihat daripada takrlf kegiatan politik pelajar yang diutarakan oleh Muhammad Abu Bakar (1984) di dalam bukunya. "Mahasiswa Menggugat"yang menggariskan beberapa aktiviti pelajar yang boleh digolongkan dalam kegiatan-kegiatan pelajar yang bercorak politik antaranya: a) seminar-seminar dan majlis-majlis diskusi di mana soal-soal politik,ekonomi dan sosial diperbincangkan. Dalam upacara-upacara seperti ini, para mahasiswa dibawa berfikir, berbincang dengan tokoh-tokoh politik tanahair dan seterusnya memberikan pandangan-pandangan mereka tentang sesuatu masalah;b) kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pertubuhan pelajar seperti yang terdapat dalam mesyuarat-mesyuarat mereka di mana resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum atau perhatian kerajaan; c) penerbitan akhbar-akhbar, majalah dan "newsletter" ataupun kenyataankenyataan akhbar di mana para mahasiswa melafazkan cita-cita politik mereka;d) demonstrasi atau tunjuk perasaan di mana para pelajar cuba menyampaikan pandangan dan falsafah perjuangan mereka; dan e) penglibatan pelajar dalam parti politik. Walau bagaimanapun, beberapa kegiatan politik mahasiswa Pusat Pengajian Tinggi yang digariskan oleh Muhammad Abu Bakar (1984) ini tidak dapat dilakukan oleh pelajar-pelajar pada masa kini disebabkan syarat-syarat yang telah diwujudkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan)1975. Antara syarat-syarat yang diperuntukkan oleh Akta ini ialah tidak membenarkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam parti-parti politik,kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan atau mengeluarkan kenyataankenyataan yang berbau politik.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj. Abdul Hamid
Date Deposited: 21 Feb 2011 12:06
Last Modified: 05 Dec 2016 08:10
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2418

Actions (login required)

View Item View Item