UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Anjakan Paradigma dalam Kajian Keselamatan Insan di Asia Tenggara


Mat, Bakri and Othman, Zarina and Omar, Mohd Kamal (2018) Anjakan Paradigma dalam Kajian Keselamatan Insan di Asia Tenggara. Akademika, 88 (1). pp. 193-207. ISSN 0126-5008

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (486kB) | Request a copy

Abstract

Isu keselamatan, sama ada yang berbentuk tradisional ataupun bukan tradisional masih terus diperdebatkan hingga kini.Persoalannya, bagaimanakah pendekatan kajian keselamatan mempengaruhi landskap politik terutamanya di Asia Tenggara? Asia Tenggara amat relevan untuk di selidik kerana kepelbagaian isu yang masih belum reda seperti terorisme dan kemiskinan.Isu ini boleh mempengaruhi kestabilan rantau ditambah dengan kepelbagaian sistem politik dan ekonomi negara yang kompleks. Kajian ini menghujahkan bahawa walaupun negara di rantau ini terkebelakang dalam mengaplikasi konsep keselamatan insan, namun kes empirik menunjukkan ada yang telah berjaya mengarusperdanakannya seperti Thailand dan Filipina. Walau bagaimanapun, dalam konteks rantau Asia Tenggara, apa yang lebih menyedihkan adalah kerana kedua-dua pelaku negara dan pelaku bukan negara menjadi ancaman terhadap kelangsungan insan.Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai semula konsep keselamatan insan serta mengenal pasti perkembangan baru dan wacana di rantau Asia Tenggara.Kajian ini menggunakan analisis kandungan untuk menganalisis data-data primer dari sumber rasmi dan juga data sekunder dari sumber bercetak dan dalam talian. Hasil kajian menunjukkan walaupun ancaman terhadap negara merentas sempadan adalah semakin signifikan, implikasi terhadap kemanusiaan pula sering diabaikan kerana kesukaran berkompromi dalam isu kedaulatan negara. Jika era Perang Dingin berakhir dengan tiada pemenang antara dua kuasa besar, implikasinya telah mengorbankan banyak nyawa dalam siri peperangan proksi. Sebaliknya, dalam era selepas Perang Dingin, ancaman-ancaman yang timbul adalah lebih langsung menjejaskan manusia sejagat. Oleh itu, adalah wajar konsep keselamatan insan diperluas dan disuntik dengan elemen undangundang dan kebertanggungjawaban dalam konteks masyarakat sivil untuk membolehkan keselamatan turut diterjemahkan kepada peningkatan kualiti hidup yang lebih baik, dan bukan semata-mata hanya untuk keujudan sebuah rejim dan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Asia Tenggara; kelangsungan hidup; keselamatan insan; masyarakat sivil; undang-undang
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 Jun 2018 01:54
Last Modified: 25 Jun 2018 01:54
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/24305

Actions (login required)

View Item View Item