mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Disentuh Hidayat

Hassan, Tarikuddin (2018) Disentuh Hidayat. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok, S1758-S1762. ISBN 978-967-2064-14-5

Full text not available from this repository.

Abstract

Sesuatu silap faham yang terjadi boleh mengakibatkan salah satu daripada dua natijahnya. Seandainya silap faham itu terjadi kepada insan yang mempunyai hati yang mulia, kuat pegangan agamanya, hasilnya adalah kedamaian dan keharmonian. Dia akan menyelidiki, mencari jalan ceritanya dan melakukan pemeriksaan itu dengan penuh sabar dan hati-hati. Kekeliruan atau sangka buruk yang difikirkan akan menjadi jelas apabila dia mengetahui kedudukan yang sebenar. Tetapi apabila silap faham itu terjadi kepada insan yang mempunyai hati yang kotor, lemah pegangan agamanya, hasilnya adalah kekejaman dantindakan yang tidak berperikemanusiaan. Inilah yang telah berlaku apabila salah faham ini terjadi ke atas diri Bedul yang kurang agamanya dan kotor jiwanya, maka hasil dari tindakannya adalah malapetaka, kematian dan penderitaan hidup ke atas mangsanya. Bedul silap faham apabila menyangka Pak Kar Kudung (arwah ayah Sukiman) telah mencuri pokok cengal ayahnya, padahal yang sebenarnya ayahnya Pak Salih Beruang sendiri telah menghadiahkan pokok cengal itu kepada Pak Kar Kudung tanpa pengetahuan Bedul (perkara ini hanya disaksikan oleh Wak Kamat seorang sahaja) kerana sangat terhutang budi kepada Pak Kar Kudung yang telah bersedia mengorbankan nyawanya sendiri (nyawa Pak Kar Kudung) kerana mahu menyelamatkan nyawanya (nyawa Pak Salih Beruang) dari dibaham oleh seekor beruang liar. Tetapi apabila hati yang kotor dan pegangan agama yang lemah (Bedul Lama) berubah ( erana insaf) kepada hati yang suci bersih dan pegangan agama yang kuat (Bedul Baru) melalui taubat nasuha, maka segala kekejaman dan kejahatan yang dilakukan oleh Bedul yang telah menyedari kekeliruannya boleh mengakibatkan penyiksaan batinnya sendiri yang sukar ditanggungnya.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jul 2018 01:22
Last Modified: 02 Jul 2018 01:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24336

Actions (login required)

View Item View Item