mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Amalan etika kerja guru sebagai wadah keharmonian sejagat

Othman, Mohamad Khairi and Puteh, Alis and Khalid, Rozalina (2017) Amalan etika kerja guru sebagai wadah keharmonian sejagat. In: 2nd International Conference on Religion and Society, 22 August 2017, Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, UMS, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.

[thumbnail of PAADM 2017 523 528.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (262kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan berkaitan untuk mengenal pasti kesan amalan model etika kerja guru berdasarkan kod etika kerja guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Sempel kajian ini melibatkan guru-guru yang berada di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah yang diberi rawatan selama sebulan.Kaedah soal selidik digunakan bertujuan untuk melihat kesan rawatan yang diberikan bagi membentuk Model Etika Kerja Guru. Kajian ini menggunakan statistik inferensi paired-sample t-test untuk melihat kesan perbezaan antara ujian pra dengan ujian pasca.Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap pengamalan etika kerja niat yang betul, pelakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkota apa yang dikata dan disiplin dan beradab.Namun begitu bagi aspek berdisiplin dan beradab sahaja menunjukkan perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan ujian pasca iaitu (p< 0.05).Perbezaan ini menunjukkan bahawa guru lebih menumpu serta mengamalkan aspek tersebut dalam kehidupan seharian.Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa hakikatnya faktor sikap, latihan dan peranan pentadbir memainkan peranan penting dalam memastikan prinsip ini dilaksanakan dengan jayanya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0582-65-8 ORGANIZED BY Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning UNIVERSITI MALAYSIA SABAH CO-ORGANIZERS: Center for Core Studies, International Islamic University College Selangor (KUIS) Islamic Studies Research Center, School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand UMS Four Wheel Drive Volunteer Club (4WDVC) Department of National Unity and Integration (JPNIN)
Uncontrolled Keywords: Amalan; model; etika kerja; guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Jul 2018 00:59
Last Modified: 30 Jul 2018 00:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24477

Actions (login required)

View Item View Item