mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penilaian terhadap impak sihir keatas kesejahteraan sosial di Malaysia: Dari sudut pengamal rawatan alternatif

Abdul Jamak, Abu Bakar Sedek and Muslim, Noor Awanis and Abdul Ghani, Fadhilah (2018) Penilaian terhadap impak sihir keatas kesejahteraan sosial di Malaysia: Dari sudut pengamal rawatan alternatif. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 18 27.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (493kB) | Request a copy

Abstract

Ilmu hitam merujuk kepada penggunaan kuasa negatif dan kuasa jahat dalam dunia kedukunan Melayu oleh pengamal-pengamal sihir atau bomoh pada zaman sekarang. Ilmu sihir dipercayai telah berada dalam masyarakat pelbagai kaum dan budaya sejak zaman berzaman lagi. Ianya akan tetap berada dalam masyarakat Melayu selagimana khidmat bomoh masih diperlukan bagi kerja-kerja mewujudkan kerosakan dan konflik ke atas individu serta sosial. Impak sihir ke atas mangsa akan menyebabkan fenomena luar biasa seperti menghidapi penyakit berbahaya contohnya tumor dan kanser, berkelakuan aneh, berlakunya penceraian, rumahtangga yang huru hara, hilang pendapatan atau pekerjaan, kejatuhan perniagaan dan pelbagai lagi kerosakan yang akan dihuraikan. Kajian ini akan membentangkan bagaimana pengalaman beberapa orang pengamal rawatan alternatif secara Islam supaya dapat membantu mendidik dan memberi peringatan tentang kerosakan dan bahaya sihir keatas kesejahteraan sosial serta institusi masyarakat Melayu khasnya. Kegagalan kebanyakan Masyarakat Melayu memahami modus operandi pengamal-pengamal sihir menyebabkan mereka merujuk segala kesakitan kepada doktor perubatan sahaja sehingga mengakibatkan penderitaan seumur hidup dan kematian atau kejatuhan jualan yang mendadak sehingga perniagaan terpaksa ditutup. Kegiatan sihir semakin berleluasa di Malaysia kerana pengamal-pengamal sihir atau bomoh tidak dikenakan sebarang tindakan dan ditangkap atau dihadapkan ke muka pengadilan atas kesalahan pembunuhan secara halus dan merosakkan kesejahteraan institusi masyarakat Melayu serta sosial. Bahkan kini dalam dunia kedukunan, sihir merupakan satu seni halus yang diperniagakan dan mendatangkan keuntungan dengan bayaran yang lumayan serta memberi sara hidup kepada pengamal-pengamal sihir. Secara tidak langsung, amalan sihir semakin berleluasa dikalangan masyarakat Melayu dan pastinya ia akan membawa dan menambahkan kerosakan ke atas kesejahteraan sosial dan masyarakat Melayu selagi wujudnya perasaan iri hati, dendam kesumat dan hasad dengki ingin menganiayai sesama sendiri.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran : Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Penganjuran bersama : Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: sihir, bomoh, kesejahteraan sosial, masyarakat melayu, modus operandi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Aug 2018 08:09
Last Modified: 14 Aug 2018 08:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24651

Actions (login required)

View Item View Item