mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Impak dan persepsi ekopelancongan terhadap komuniti setempat di Lumut, Perak

Adnan, Norliyana and Mamat, Mohd Parid (2018) Impak dan persepsi ekopelancongan terhadap komuniti setempat di Lumut, Perak. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 50 56.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (363kB)

Abstract

Ekopelancongan merupakan produk pelancongan yang berteraskan kekayaan alam semulajadi yang semakin berkembang pesat.Destinasi ekopelancongan di berbagai ekosistem semulajadi mempunyai banyak keistimewaan dan memberi pelbagai manfaat bukan sahaja kepada pengunjung malah kepada masyarakat sekitarnya.Lumut merupakan salah satu destinasi ekopelancongan ekosistem persisiran yang popular di Negeri Perak.Selain mempunyai pantai yang menarik, ia juga merupakan tarikan pelancong untuk mendapatkan hasil-hasil laut yang segar dan yang telah diproses.Objektif kertas kerja ini adalah untuk menilai impak ekopelancongan terhadap komuniti setempat dan persepsi komuniti terhadap ekopelancongan di persekitaran pantai Lumut, Perak. Kajian melibatkan aktiviti survei komuniti di enam buah kampung Mukim Lumut.Sebelum survei komuniti dijalankan, pasukan kajian mengadakan tinjauan awal (rapid rural appraisal) ke kawasan Mukim Lumut.Borang soal selidik dibangunkan adalah berdasarkan hasil tinjauan awal dan dibahagikan kepada beberapa bahagian merangkumi status isi rumah, impak ekopelancongan dan persepsi ekopelancongan terhadap isi rumah.Hasil kajian mendapati terdapat kesan-kesan positif yang diterima oleh komuniti setempat dengan pembangunan ekopelancongan di sekitar Lumut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Penganjuran bersama Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: Ekopelancongan, impak, komuniti setempat
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Aug 2018 08:13
Last Modified: 14 Aug 2018 08:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24656

Actions (login required)

View Item View Item