mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Bantuan rakyat 1 Malaysia: Pencapaian dan cabaran

Ibrahim, Johan Afendi and Abdul Razak, Norhanim and Ahmad, Mohamad Zaki (2018) Bantuan rakyat 1 Malaysia: Pencapaian dan cabaran. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

[thumbnail of SKTSEWU 2018 78 86.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (545kB) | Request a copy

Abstract

Kos sara hidup merupakan isu yang seringkali menjadi perbualan di kalangan rakyat.Peningkatan harga barangan asas menyebabkan rakyat merasa terbeban terutama sekali yang tinggal di kawasan bandar dan mempunyai bilangan isirumah yang ramai. Isu ini telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan memperkenalkan satu program untuk mengatasi permasalahan ini.Program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2012 bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup kepada golongan berpendapatan rendah kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.Bantuan ini memberi kemudahan kepada penerima untuk membeli barangan keperluan asas sepanjang tahun.Ia merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam Program Transformasi Kerajaan bertujuan untuk mengagihkan subsidi kepada golongan sasar daripada subsidi pukal kepada subsidi tersusun. Program ini telah berjalan sehingga kini dan beberapa penambahbaikan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan penerima mendapat pelbagai manfaat hasil daripada program ini.Bagi mengetahui perlaksanaan dan pencapaian program ini, satu kajian telah dilakukan terhadap penerima bantuan di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kertas kerja ini membincangkan latar belakang program, insentif yang disediakan, penerima dan jumlah pembiayaan, hasil kajian serta cadangan untuk penambahbaikan program ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Penganjuran bersama Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS).
Uncontrolled Keywords: kos sara hidup, BR1M, Program Transformasi Kerajaan
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Tourism, Hospitality & Environmental Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Aug 2018 00:22
Last Modified: 15 Aug 2018 00:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24661

Actions (login required)

View Item View Item