Sharif, Shamshuritawati and Ariffin, Mohd Sofi (2018) Kesedaran muslim terhadap pensijilan halal. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (465kB) | Request a copy |
Abstract
Pensijilan makanan Halal kini menjadi salah satu keperluan di seluruh dunia kerana kehadiran logo pada pembungkusan produk boleh menjamin bahawa makanan adalah selamat, bersih dan halal. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran halal di kalangan pengguna tidak dapat dijangka kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik menumpukan kepada kajian terhadap pengguna Islam di negeri Kedah, yang merupakan penduduk yang berlatar belakang Islam dan mempunyai majoriti pengguna Islam. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal tentang tahap kesedaran dan persepsi pengguna terhadap niat gelagat. Bagi tujuan tersebut, teknik pensampelan berstrata telah digunakan untuk memilih sampel. Seterusnya, statistik deskriptif dan regresi linear berganda digunakan untuk tujuan analisis data. Secara umumnya, hanya dua daripada empat faktor iaitu kesedaran dan kawalan gelagat ditanggap yang berjaya menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap niat gelagat dalam isu halal di negeri Kedah.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS) |
Uncontrolled Keywords: | kesedaran, niat gelagat, Halal, pengguna Islam |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | School of Quantitative Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 15 Aug 2018 00:23 |
Last Modified: | 15 Aug 2018 00:23 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24662 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |