mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Isu kemiskinan di Utara Semenanjung: Analisis keberkesanan bantuan agensi dari perspektif bekas peserta e-kasih

Mohd Mohaideen, Zalina and Abdullah, Norehan and Yusof, Rohana and Hassan, Kalthum and Vyas, Ravindra Nath (2018) Isu kemiskinan di Utara Semenanjung: Analisis keberkesanan bantuan agensi dari perspektif bekas peserta e-kasih. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 112 123.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (440kB) | Request a copy

Abstract

Pembasmian kemiskinan telah dan masih menjadi agenda penting kerajaan Malaysia terutama ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.Pengurangan kadar kemiskinan membuktikan keberkesanan dasar kerajaan dan program pembangunan dan pembasmian yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi.Namun, masalah kemiskinan masih kekal sebagai isu penting, khususnya di negeri utara semenanjung apabila terus mencatatkan kadar kemiskinan yang agak tinggi. Objektif artikel ni adalah untuk mengkaji lebih lanjut isu kemiskinan dengan meneliti faktor penyebab dan pembasmi kemiskinan dan menilai keberkesanan program bantuan kemiskinan.Menggunakan kaedah temubual kepada bekas penerima bantuan e-Kasih, data primer yang dikutip dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pendidikan yang rendah merupakan punca kemiskinan apabila gagal melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi yang beri pulangan pendapatan yang lebih tinggi. Majoriti (92.6%) responden bersetuju bahawa keupayaan diri sendiri paling signifikan dalam memastikan mereka keluar dari kemiskinan, di samping program bantuan kemiskinan seperti Pejabat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: kemiskinan, faktor penyebab dan pembasmi, program bantuan kemiskinan
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Aug 2018 00:26
Last Modified: 15 Aug 2018 00:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24665

Actions (login required)

View Item View Item