mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan: Kajian kes program pembangunan pihak berkuasa koridor utara (NCIA)

Samah, Rozana and Kamaruddin, Roslina and Ismail, Zulkefli and Yusof, Rohana (2018) Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan: Kajian kes program pembangunan pihak berkuasa koridor utara (NCIA). In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

[thumbnail of SKTSEWU 2018  174 182.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (615kB) | Request a copy

Abstract

Tahap kepuasan pelanggan terhadap hasil atau khidmat yang diberikan oleh sesebuah agensi adalah merupakan aspek penting dalam mengukur produktiviti dan efektiviti sesuatu program atau projek yang dilaksanakan oleh agensi tersebut. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap program pembangunan Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan tersebut. Kajian ini dijalankan berdasarkan empat dimensi iaitu kaedah penyampaian, perancangan, perlaksanaan, dan kesan kepada negara.Sejumlah 61 borang soalselidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada organisasiorganisasi yang terlibat dengan program NCIA. Seterusnya, data yang diperoleh dijalankan analisis deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24. Hasil analisis mendapati tahap kepuasan organisasi yang terlibat dalam program NCIA berada pada tahap memuaskan dan amat memuaskan. Dimensi yang memiliki purata tahap kepuasan paling tinggi ialah kaedah penyampaian.Diikuti dengan dimensi kesan kepada negara, perancangan dan perlaksanaan oleh NCIA. Ini menunjukkan organisasi-organisasi terbabit paling berpuas hati dengan program NCIA dari aspek kaedah penyampaian yang dilihat dari segi boleh membantu syarikat mereka, bantuan yang diberikan boleh menguntungkan syarikat mereka, serta dapat memberikan manfaat terhadap syarikat mereka untuk jangka masa panjang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia. Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: tahap kepuasan pelanggan, Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA), Analisis Deskriptif, Statistical Package for Social Science (SPSS)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Aug 2018 02:59
Last Modified: 20 Aug 2018 02:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24671

Actions (login required)

View Item View Item