mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Teknovasi dalam industri pertanian: Isu dan cabaran industri perladangan kelapa sawit

Mohd Nawi, Nur Syazwani and Md Deros, Baba and Nordin, Norani and Ab. Rahman, Mohd Nizam and Sukadarin, Ezrin Hani (2018) Teknovasi dalam industri pertanian: Isu dan cabaran industri perladangan kelapa sawit. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

[thumbnail of SKTSEWU 2018 183 191.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (531kB) | Request a copy

Abstract

Teknologi dan inovasi atau juga dikenali sebagai teknovasi memberi banyak implikasi positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara di seluruh dunia.Penggunaan teknovasi masa kini seharusnya melibatkan semua lapisan masyarakat dan merangkumi semua aspek kehidupan, pembangunan dan kemajuan. Namun begitu, penerimagunaannya masih belum meluas dan mendapat banyak halangan dan cabaran terutamanya dalam industri pertanian.Industri pertanian merupakan salah satu sektor penting dan memainkan peranan utama sebagai sektor yang berjaya mengembangkan tamadun dunia. Walaubagaimanapun, industri ini masih mundur dari segi penggunaan alatan teknovasi.Kebanyakan pekerja masih menggunakan alatan kerja manual. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada isu dan cabaran yang dihadapi dalam penerimagunaan teknovasi di ladang kelapa sawit. Pelbagai isu yang telah dikenalpasti memberi halangan dalam penggunaan teknovasi seperti pihak pengurusan, sikap pekerja, keadaan kerja, persekitaran kerja dan alatan kerja.Dapatan kajian ini membantu merungkaikan permasalah yang dihadapi dan diharapkan dapat meningkatkan penggunaan teknovasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS) ini berlangsung dari 2 hingga 3 Ogos 2018, di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Uncontrolled Keywords: industri pertanian, industri kelapa sawit, teknologi, inovasi, teknovasi
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Aug 2018 03:01
Last Modified: 20 Aug 2018 03:01
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24672

Actions (login required)

View Item View Item