mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Impak pembangunan projek NCIA terhadap komuniti di Wilayah Koridor Utara

Kamaruddin, Roslina and Samah, Rozana and Ismail, Zulkefli and Yusof, Rohana (2018) Impak pembangunan projek NCIA terhadap komuniti di Wilayah Koridor Utara. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

[thumbnail of SKTSEWU 2018 192 201.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (791kB) | Request a copy

Abstract

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merupakan salah satu koridor yang dibentuk bagi pembangunan di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dengan fokus utama pembangunan sektor pertanian dan perkilangan elektronik.NCIA merupakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau program-program pembangunan di NCER.Pelbagai projek pembangunan mengikut sektor telah dijalankan sepanjang penubuhan NCER.Antara sektor-sektor tersebut ialah pertanian, perkhidmatan, perkilangan dan pembangunan sosial.Manakala jenis projek adalah seperti ABM masuk kampung iaitu projek kerjasama antara NCIA dan ABM, Community Innovation Center (CIC) iaitu projek kerjasama antara NCIA dan USM, penambahbaikan zoo Taiping, Jejak Warisan Taiping, Rapid Kamunting, fertigasi cili AGB-YKSAM, pengurusan estet padi dan sebagainya. Persoalannya, sejauhmanakah projek-projek ini mencapai objektif yang digariskan? Kajian ini akan menilai keberkesanan projek yang telah dilaksanakan berdasarkan persepsi masyarakat yang menerima projek tersebut.Survey terhadap komuniti yang terlibat dijalankan bagi memperolehi data primer berkaitan tahap kepuasan mereka terhadap projek yang diterima. Analisis diskriptif digunakan bagi mengukur keberkesanan setiap projek pembangunan yang telah dilaksanakan berdasarkan tahap kepuasan komuniti.Dapatan yang diperolehi akan menjadi input kepada pihak kerajaan bagi mengenalpasti ruang penambahbaikan untuk projek-projek pembangunan pada masa akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Aug 2018 03:02
Last Modified: 20 Aug 2018 03:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24673

Actions (login required)

View Item View Item