mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap keberkesanan program SME corporation terhadap prestasi Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di Perak

Hasan, Nor Hafizah (2018) Tahap keberkesanan program SME corporation terhadap prestasi Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di Perak. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

[thumbnail of SKTSEWU 2018 202 211.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (445kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap keberkesanan program yang dijalankan oleh SME Corporation terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera di Perak. Dalam kajian ini, penyelidikan menfokus kepada program yang disediakan oleh SME Corp. yang mana merupakan satu inisiatif kepada PKS bagi mengukuhkan perniagaan mereka sekaligus dapat meningkatkan ekonomi kepada negara.PKS merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara yang akan terus membentuk masa depan negara.Penemuan kajian penting agar para pembaca dapat mengetahui kewujudan PKS sebagai salah satu sumbangan kepada ekonomi negara dan dapat memberikan peluang pelaburan yang berpotensi bagi membolehkan perniagaan untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi.Selain itu, kajian turut berperanan untuk mengenalpasti masalah kajian yang wujud atas beberapa faktor yang telah disenaraikan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mana soal selidik diedarkan kepada PKS yang mengikuti Program yang dianjurkan oleh SME Corp. dan melihat tahap keberkesanan program tersebut terhadap PKS. Sampel terdiri daripada 100 responden daripada PKS Bumiputera di Negeri Perak yang terdiri dari pelbagai sektor.Secara teori, kajian ini memberikan pengetahuan terhadap PKS melalui program yang diadakan dan mereka perlu merebut peluang yang ditawarkan khususnya PKS Bumiputera.Melalui kajian juga, pembaca didedahkan terhadap gambaran berkaitan kedudukan dan kestabilan usahawan di Negeri Perak.Melalui ulasan karya yang ada, sedikit sebanyak membantu pembaca bagi memahami konsep dan program yang dijalankan SME Corp. sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pembaca juga akan dapat mengetahui gambaran umum berkaitan PKS yang terdapat di Malaysia khususnya di Negeri Perak.Penyelidikan ini juga diharap dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada beberapa pihak, antaranya kepada pengusaha dan bakal pengusaha PKS tempatan, dan juga kepada agensi-agensi PKS.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: perusahaan kecil dan sederhana, usahawan, keuntungan, produk, ekonomi
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Aug 2018 03:03
Last Modified: 20 Aug 2018 03:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24674

Actions (login required)

View Item View Item