Saad, Ram Al Jaffri (2018) Analisis penyata kewangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi tahun 2015 dan 2016. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..
PDF
Restricted to Registered users only Download (500kB) | Request a copy |
Abstract
Analisis penyata kewangan sesebuah organisasi sangat penting kepada pihak berkepentingan dalam menilai prestasi kewangan, pertumbuhan dan perancangan masa depan.Analisis penyata kewangan institusi zakat seperti Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) amat berguna dalam mengukur prestasi pengurusan zakat terutama dalam konteks kutipan dan agihan yang seterusnya dapat menilai kelestariannya pada masa hadapan.Sanggahan masyarakat mengenai prestasi kutipan yang kurang memberangsangkan dan ketidakcekapan agihan zakat kepada golongan asnaf sewajarnya perlu dijawab melalui analisis terperinci terhadap data kewangan yang telah dilapor dan diaudit.Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis penyata kewangan LZNK dengan memberi tumpuan kepada laporan kutipan dan agihan zakat bagi tahun 2015 dan 2016.Kaedah yang digunakan bagi mencapai objektif ini ialah analisis mendatar dan menegak berdasarkan data sekunder iaitu laporan tahunan LZNK yang diperolehi melalui pautan dalam laman web jabatan tersebut.Hasil kajian mendapati secara umumnya terdapat peningkatan dan penurunan dalam kutipan zakat mengikut kategori.Hasil kajian juga mendapati jumlah kutipan zakat adalah kurang berbanding dengan jumlah agihan dan terdapat juga peningkatan dan penurunan dalam corak agihan zakat.Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dicadangkan dalam kajian ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS) |
Uncontrolled Keywords: | laporan tahunan, analisis penyata kewangan; kecekapan, kutipan, agihan |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting |
Divisions: | Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA) |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 27 Aug 2018 00:38 |
Last Modified: | 27 Aug 2018 00:38 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24691 |
Actions (login required)
View Item |