mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Impak Program Bina Rumah (PBR) terhadap pembangunan sumber manusia: Satu tinjauan awal

Hambali, Hairudin Ruzaili and Abdul Karim, Noor Al-Huda and Awang, Marinah (2018) Impak Program Bina Rumah (PBR) terhadap pembangunan sumber manusia: Satu tinjauan awal. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 301.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (307kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau impak Program Bina Rumah (PBR) terhadap Pembangunan Sumber Manusia (PSM) di Negeri Perak.PBR merupakan progam penyediaan rumah yang lebih selamat dan selesa bagi menggantikan rumah yang sedia ada atau daif kepada golongan miskin dan miskin tegar. Ia adalah satu usaha untuk meningkatkan kemandirian untuk memastikan mereka dapat bersama-sama menyumbang kepada pembangunan sumber manusia (PSM) Negara. Kajian mengunakan rekabentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif.Responden yang akan terlibat adalah seramai 217 orang yang terdiri daripada penerima PBR bagi tahun 2012. Pendekatan kualitatif dilakukan untuk tinjauan awal dibuat dengan menggunakan kaedah temubual. Temubual separa struktur tersebut dijalankan terhadap Pegawai di Pejabat Daerah & Tanah, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pengurus Projek, Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim.Protokol temubual yang telah disediakan bagi mengenal pasti isu dan persoalan kajian. Data-data temubual dianalisa dengan mengeluarkan tema-tema tertentu di dalam proses menyediakan soal selidik kepada penerima PBR.Dapatan awal tinjauan kajian menunjukkan pelaksanaan PBR amat memberangsangkan terutama dalam meningkatkan PSM dan kesejahteraan hidup golongan ini.Selain dari itu memperlihatkan pembentukan kemandirian yang baik dalam kalangan golongan ini untuk lebih berdaya saing, kompetitif dan berupaya memberikan sumbangan kepada pembangunan Negara.Implikasi kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan PBR adalah satu usaha untuk meningkatkan PSM, mengeluarkan golongan ini daripada lingkaran kemiskinan dan mencipta masa depan yang lebih cerah bagi penerima PBR ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: ketiga, 2018. Penganjuran bersama Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS) ini berlangsung dari
Uncontrolled Keywords: program bina rumah, kemiskinan, pembangunan sumber manusia
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 Sep 2018 08:14
Last Modified: 04 Sep 2018 08:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24701

Actions (login required)

View Item View Item