Sharif, Shamshuritawati and Ariffin, Mohd Sofi (2018) Pembinaan instrumen untuk mengukur gelagat pengguna terhadap status halal. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
PDF
Restricted to Registered users only Download (461kB) | Request a copy |
Abstract
Ketepatan maklumat dalam menjalankan analisis berstatistik adalah penting bagi membolehkan satu tafsiran umum terhadap populasi kajian dilakukan berdasarkan data sampel.Oleh itu, satu instrumen bagi mengukur mengukur gelagat pengguna tentang status halal berdasarkan kepada teori kepatuhan pengguna (Theory of Planned Behaviour) telah dibangunkan sebelum menjalankan kutipan data. Data yang berkualiti bukan sahaja datang daripada teknik pensampelan yang baik tetapi mestilah instrumen yang sah dan boleh dipercayai.Untuk mendapatkan bukti empirikal tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrument, dua analisis berkaitan telah dilaksanakan iaitu pekali Cronbach Alpha dan analisis penjelajahan faktor. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pekali CA adalah bernilai 0.7 iaitu memenuhi cut-off point yang ditetapkan, manakala analisis penjelajahan faktor telah mencadangkan lima faktor iaitu kesedaran, norma-subjektif, sikap, kawalan gelagat ditanggap dan niat gelagat boleh digunakan bagi tujuan kutipan data untuk yang seterusnya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | gelagat pengguna, Halal, kajian rintis, kebolehpercayaan, instrumen |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | School of Quantitative Sciences |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 04 Sep 2018 08:17 |
Last Modified: | 04 Sep 2018 08:17 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24706 |
Actions (login required)
View Item |