mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendatang Asing Tanpa Izin di Johor: Latar Belakang Sosioekonomi dan Dokumen Kemasukan

Mohamed Berawi, Fuad and Bakar, Normizan and Hasan Basri, Bakti (2016) Pendatang Asing Tanpa Izin di Johor: Latar Belakang Sosioekonomi dan Dokumen Kemasukan. In: 3rd Annual ECoFI Symposium 2016, 18-19 Dicember 2016, Universiti Utara Malaysia,Kedah.

[thumbnail of ecofi 2016 105-116_1.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian terdahulu tentang pendatang asing banyak tertumpu kepada buruh asing yang datang bekerja secara sah sedangkan kajian terhadap pendatang asing tanpa izin agak kurang. Kekurangan kajian ini ekoran daripada kesukaran mendapatkan maklumat, data, serta kerjasama daripada pendatang dan juga pihak berkuasa kerana ia melibatkan soal keselamatan, perundangan, privasi, dan kerahsiaan kedua-dua belah pihak. Justeru kajian ini mempunyai objektif untuk membawa ke tengah isu dan persoalan pendatang asing tanpa izin secara lebih jelas bagi memahami untuk perbincangan yang lebih luas. Tumpuan kajian adalah terhadap profil demografi pendatang, mengenal pasti faktor pekerjaan, pendapatan, dan majikan, serta analisis pematuhan dokumen dalam kalangan pendatang yang ditahan di Depoh Tahanan lmigresen di Pekan Nenas, Pontian, Johor. Maklumat dan data dipmses dan dianalisis secara deskriptif dan perbandingan. Kajian merumuskan pendatang asing tanpa izin memasuki Malaysia lebih bermotifkan ekonomi seperti kemiskinan di negara asal, peluang pekerjaan, serta kehidupan lebih baik berbanding isu pergolakan politik, pertelingkahan kaum, atau pergeseran agama. Kajian juga mendapati wujud isu penyalahgunaan dokumen perjalanan, penyeludupan manusia, dan penipuan agen, dan penyeludupan. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas, bersepadu, dan menyeluruh adalah perlu bagi menangani masalah dokumen selain membanteras eksploitasi manusia dengan hukuman keras bagi menjamin dan melindungi hak asasi serta kehormatan manusia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 9789834372026
Uncontrolled Keywords: Johor; pendatang asing tanpa izin; peluang pekerjaan dan kemiskinan; aliran wang ke luar negara; penyalahgunaan dokumen perjalanan.
Subjects: H Social Sciences >
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 11 Dec 2018 02:36
Last Modified: 11 Dec 2018 02:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25068

Actions (login required)

View Item View Item