mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor yang Mernpengaruhi Pembelian secara atas Talian di Kalangan Pengguna Malaysia

Sabudin, Noor Sa'adah and Fadzim, Wan Roshidah and Mohd Mohaideen, Zalina (2016) Faktor yang Mernpengaruhi Pembelian secara atas Talian di Kalangan Pengguna Malaysia. In: 3rd Annual ECoFI Symposium 2016, 18-19 Dicember 2016, Universiti Utara Malaysia,Kedah.

[thumbnail of ECoFI 2016 217-230_1.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin bergantung kepada penggunaan perkhidmatan dan pemiagaan di internet memacu perkembangan aktiviti membeli belah secara atas talian. Laporan akhbar menunjukkan sebanyak 47 peratus daripada rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar untuk membeli belah secara atas talian (The Star, 2015). Menyedari perkembangan yang begitu pantas dalam aktiviti ini, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna terhadap pembelian secara atas talian di Malaysia. Antara faktor yang dikaji ialah harga, kemudahan, kepercayaan dan persepsi terhadap risiko. Pengumpulan data dgalankan dengan menggunakan data primer, iaitu melalui soal selidik. Sejumlah 150 soal selidik diedarkan secam atas talian kepada 150 responden di Malaysia. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada pengguna yang pernah melakukan pembelian secara atas talian. Antara analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis deskriptif, analisis kebolehpercayaan dan analisis regresi berganda. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis profil demografi responden. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan keputusan Cronbach's Alpha adalah 0.7, iaitu boleh dipercayai dan boleh diterima. Melalui analisis regresi berganda, didapati faktor harga, kemudahan dan kepercayaan memberi pengaruh positif yang signifikan ke atas pembelian secara atas talian. Manakala persepsi terhadap risiko memberi pengaruh negatif yang signifikan ke atas pembelian secara atas talian. Di antara keempat-empat faktor, kepercayaan merupakan faktor yang paling signitikan dalam mempengaruhi pembelian secara atas talian di kalangan pengguna, diikuti oleh kemudahan, persepsi terhadap risiko dan harga.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 9789834372026
Uncontrolled Keywords: Pengpuna, pembelian atas talian, faktor pembelian
Subjects: H Social Sciences >
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 11 Dec 2018 02:37
Last Modified: 11 Dec 2018 02:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25132

Actions (login required)

View Item View Item