UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Sejarah dan pekembangan ibadah haji


Abu Bakar, Ahmad Yumni and Abu Bakar, Suhaida and Makhsin, Mardzelah (2018) Sejarah dan pekembangan ibadah haji. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2210-03-0

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Buku ini dipersembahkan khasnya kepada Duyufurrahman atau tetamu Allah SWT sama ada mereka yang akan melaksanakan ibadah haji dan umrah ataupun mereka yang hendak mengkaji secara terperinci mengenai sejarah kota suci Makkah, masjid sekitar Mekah, tempat miqat haji dan umrah, kawasan sempadan tanah haram dan sebagainya. Maklumat serta perbincangannya bukan hanya menyentuh perkara yang berkenaan dengan tatacara pelaksanaan ibadah itu sendiri, namun juga memaparkan pelbagai aspek peristiwa serta gambaran secara menyeluruh tentang perihal lokasi kota suci Makkah berdasarkan kepada dalil al-Quran dan al- Sunah.Buku ini juga menerangkan kronologi pelaksanaan ibadah haji dan umrah oleh para nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Saleh a.s., Nabi Musa dan ibadah haji zaman masyarakat Arab Jahiliah serta kewajipan ibadah haji pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kefardhuan pelaksanaan ibadah haji telah lama diwajibkan cuma tatacara pelaksanaannya sahaja yang berbeza-beza.Buku ini telah menerangkan mengenai beberapa penemuan saintifik oleh para saintis bukan Islam dan Islam dalam pelaksanaan ibadah haji dan umrah. Penemuan ini amat baik untuk kesihatan fizikal dan spiritual seperti contoh ibadah tawaf dan sai. Penemuan saintifik dalam air zamzam yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan manusia. Selain itu, di dalam buku ini juga turut membincangkan mengenai kronologi pembinaan kaabah yang telah dibina oleh para Malaikat, Nabi Adam a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. serta para pemerintah Islam. Kemudian tempat suci lain seperti telaga air zamzam, Hijir Ismail, maqam Ibrahim, Hajarulaswad, Al-Multazam, lokasi Bukit Safa dan Marwah sebagai tempat melaksanakan ibadah Sai dan lokasi bersejarah lainnya yang dapat dibaca di dalam buku ini. Keistimewaan dan kemudahan buku ini ialah semua peristiwa yang berhubung kait dengan kota suci Makkah dipaparkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, buku ini akan memberikan impak yang maksimum serta kefahaman yang mendalam bagi para peminat sejarah dan para pembaca buku ini. Akhir kalam, selamat membaca dan menghayati sirah Nabawi.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Nov 2018 01:42
Last Modified: 19 Nov 2018 01:42
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/25173

Actions (login required)

View Item View Item