mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Literasi Konsep Halal: Perbandingan Antara Belia Muslim dengan Bukan Muslim

Salahuddin, Norkhazzaina and Md Isa, Normalisa and Ahmad, Maisarah and Saad, Shahrin and Salahuddin, Nurul Riddhaina (2017) Literasi Konsep Halal: Perbandingan Antara Belia Muslim dengan Bukan Muslim. Jurnal Pengguna Malaysia, 29. pp. 84-102. ISSN 1511 - 998x

[thumbnail of MJCFE 2017 29 84 102.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (398kB) | Request a copy

Abstract

Segmen pasaran pengguna Muslim yang berkembang pesat merubah landskap pasaran Halal yang pada mulanya dikategorikan sebagai pasaran alternatif kepada pasaran berskala global (Mohezar, Suhaiza, & Zainorfarah, 2016; Mustapa, 2015). Laporan State of the Global Islamic Economy menyatakan nilai dagangan pasaran Halal dianggar meningkat kepada USD3 trilion menjelang tahun 2021 tidak termasuk pasaran kewangan Islam (Thomson Reuters, 2016). Selain faktor jumlah populasi Muslim (Mohammed Rizki, Mohd Ali, & Mohd Adib, 2016), penyertaan negaranegara yang majoriti penduduknya Bukan Islam dalam urus niaga pasaran Halal (misalnya Jepun, Amerika Syarikat dan China) juga merupakan faktor yang membantu perkembangan pasaran Halal (International Trade Centre, 2015). Laporan Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan jumlah eksport produk Halal Malaysia pada tahun 2014 mencecah USD11.7 bilion di mana tiga segmen utama terdiri daripada negara dengan majoriti penduduknya Bukan Islam iaitu China (USD1.4 bilion), Singapura (USD1.1 bilion) dan Amerika Syarikat (USD 1.06 bilion) (Mustapa, 2015). Nilai dagangan produk Halal ini menunjukkan Halal telah pun diterima baik sebagai praktis perniagaan dan jenama yang menggambarkan kualiti, kebersihan, keselamatan dan ketulenan (Khazizul Maulod, Sabariah, & Syed Jamal Abdul Nasir, 2012). Salman dan Siddique (2012) dalam Rios, Riquelme, dan Yasser (2014) juga menyatakan pengguna berpendapat Halal ialah jenama yang mewakili penerimaan, kepercayaan dan perakuan.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 11 Dec 2018 01:09
Last Modified: 11 Dec 2018 01:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25265

Actions (login required)

View Item View Item