Ismail, Noriza and Mohd Rashid, Sabrina (2018) Strategi Pengiklanan Hijau ke Arah Keterlihatan dalam Media Sosial. In: SMMTC Postgraduate Symposium 2018, 18-19 March 2018, Universiti Utara Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (563kB) | Request a copy |
Abstract
Pengiklanan hijau di Malaysia semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Pengiklanan hijau adalah sebahagian daripada pendekatan baru yang memberi tumpuan kepada pemasaran produk hijau kini. Objektif kajian adalah mengenal pasti strategi pengiklanan hijau yang digunakan oleh organisasi produk hijau dalam media sosial, mengenal pasti mesej pengiklanan hijau yang diusahakan oleh organisasi dalam media sosial dan mengenal pasti keterlihatan pengiklanan hijau kepada pengguna dalam media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan 4P dan Model Kemungkinan Penghuraian (Elaboration Likelihood Model) (Petty & Cacioppo, 1986) sebagai panduan penyelidikan. Kajian ini turut menggunakan pendekatan kualitatif. Temu bual semi struktur dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan data kajian. Persampelan bertujuan sebagai panduan penentuan pemilihan sampel iaitu tiga buah organisasi dan tujuh orang informan. Strategi pengiklanan hijau ke arah keterlihatan dalam media sosial menunjukkan bahawa saling berkait antara satu sama lain dalam mencapai sasaran pengguna terhadap keputusan pembelian produk hijau.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | e-ISBN 978-967-0910-77-2 Organized by: School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Strategi pengiklanan hijau, keterlihatan, media sosial, produk hijau. |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science |
Divisions: | School of Multimedia Technology & Communication |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 24 Dec 2018 01:07 |
Last Modified: | 24 Dec 2018 01:07 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25358 |
Actions (login required)
View Item |