mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Teknik penerapan nilai murni dalam kalangan guru sekolah rendah.

Mohd Yusoff, Mohd Zailani and Othman, Mohamad Khairi and Suhid, Asmawati (2018) Teknik penerapan nilai murni dalam kalangan guru sekolah rendah. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam (MEDIC 2018), 7-8 November 2018, Dewan Al-Muktafi Billah, UniSZA.

[thumbnail of 1-16_1.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Akhir-akhir ini, masalah sosial dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar telah menjadi sangat serius. Oleh itu, melalui pendidikan yang bermakna dan sempuma dengan menerapkan nilai mumi terhadap pelajar dapat mengatasi permasalahan disiplin dan juga masalah sosial yang kian berleluasa pada masa kin;. Sehubungan itu, kertas ini berkongsi tentang teknik penerapan nilai murid di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan kuantitatif di mana data dikumpulkan rnelalui soal selidik yang melibatkan 221 guru dan 321 pelajar sekolah rendah dari empat jenis di negeri Zon Utara Semenanjung Malaysia. Di samping itu, kajian ini turut menggunakan pendekatan kualitatif bagi menyokong data kuantitatif Penemuan menunjukkan bahawa teknik yang paling dominan digunakan oleh guru-guru di sekolah rendah adalah teknik pengukuhan positif dan juga teknik model. Seterusnya diikuti teknik perbincangan, kuliah, main peranan, penenguhan negatif dan teknik simulasi Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan teknik penerapan nilai murni berdasarkan demografi guru iaitu lokasi sekolah. Walau bagaimanapun, dari segi jantina, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam teknik penerapan nilai mumi yang digunakan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek demografi merupakan faktor penting dalam teknik penerapan nilai murni.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Teknik Penerapan Nilai Mumi, Jantina, Lokasi Sekolah, Jenis Sekolah, Rendah
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 30 Jan 2019 23:15
Last Modified: 30 Jan 2019 23:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25534

Actions (login required)

View Item View Item