H. Husein, Kamaruddin and Sharif, Mohmad Yazam (2008) Satu kerangka kajian mengenai kompetensi pengurusan dalam pertubuhan koperasi di Aceh, Indonesia. In: 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (147kB) |
Abstract
Kertas kerja ini memaparkan kerangka kajian mengenai kompetensi pengurusan yang telah dibentuk berdasarkan literatur pengurusan dunia dan di Indonesia. Rata-rata dalam literatur telah bersetuju bahawa kompetensi pengurusan merupakan kunci sukses semua bentuk organisasi sama ada yang berpaksikan sosial atau yang bermatlamatkan keuntungan. Salah satu bentuk organisasi yang memainkan peranan penting dalam sesuatu negara ialah koperasi. Di Indonesia, pertubuhan koperasi telah lama berkembang. Kertas kerja ini akan mencoretkan sedikit sejarah pertubuhan koperasi di Indonesia. Malang sekali perkembangan pertubuhan koperasi di Indonesia diperhatikan telah terbantut disebabkan kelemahan yang terdapat pada pemimpin atau pengurus koperasi. Kerangka kajian yang dibentuk memfokuskan bahawa kompetensi pengurusan koperasi merupakan pembolehubah bersandar. Kompetensi pengurusan ini dijangka dipengaruhi oleh dua jenis pembolehubah tidak bersandar iaitu ciri organisasi dan ciri sumber manusia dalam koperasi berkaitan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government. |
Uncontrolled Keywords: | Aceh, kerangka kajian, kompetensi pengurusan, koperasi |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | School of Business Management |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 27 Feb 2011 02:59 |
Last Modified: | 15 Dec 2016 07:18 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2585 |
Actions (login required)
View Item |