mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Adakah pemindahan pengetahuan menjadi moderator terhadap pelaksanaan pengurusan lean dan prestasi organisasi?

Mohd Asaad, Mohd Norhasni and Nordin, Noraini and Mohd Zahari, Fadhilah (2017) Adakah pemindahan pengetahuan menjadi moderator terhadap pelaksanaan pengurusan lean dan prestasi organisasi? In: International Business Management Conference (IBMC2017), Disember 2017, Adya Hotel Langkawi, Kedah Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of IBMC 2017 1 11.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (658kB) | Request a copy

Abstract

Globalisasi pasaran, tahap persaingan antara syarikat-syarikat pengeluar produk dan perkhidmatan, serta pelbagai krisis ekonomi adalah beberapa faktor yang paling kritikal pada masa kini. Keadaan tersebut telah mendorong pengurus-pengurus syarikat untuk melaksanakan pelbagai strategi yang berkesan seperti pelaksanaan sistem pengurusan lean dalam organisasi mereka. Namun, konsep yang diadaptasi dari negara luar yang mempunyai latar belakang yang berbeza, ada kalanya sukar untuk berjaya. Kebanyakan syarikat yang gagal melaksanakan pengurusan lean bermula dengan kekurangan kefahaman dan pengetahuan serta kesedaran pekerja tentang pengetahuan lean. Walaupun terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap pelaksanaan sistem pengurusan lean, namun tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap peranan pemindahan pengetahuan lean dalam organisasi bagi meningkatkan prestasi organisasi. Oleh sebab itu kajian ini mencadangkan pemindahan pengetahuan sebagai moderator terhadap hubungan pengurusan lean dan prestasi organisasi. Selain itu, kajian ini juga akan membangunkan sebuah model pemindahan pengetahuan lean bagi membantu organisasi melaksanakan pengetahuan lean dalam organisasi mereka. Data yang di kumpul menerusi kaedah kuantitatif melalui soal-selidik akan dihantar kepada syarikat-syarikat pembuatan yang melaksanakan pengurusan lean. Kajian ini dapat mengenal pasti pendekatan yang perlu diambil oleh semua pihak terutama pihak pengurusan organisasi dalam membentuk program pelaksanaan pengurusan lean yang lebih efektif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pemgurusan Lean, Pemindahan Pengetahuan, Prestasi Organisasi.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 18 Apr 2019 00:52
Last Modified: 18 Apr 2019 00:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25951

Actions (login required)

View Item View Item