UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kecukupan maklumat penilaian dalam melestarikan proses penilaian prestasi kerja oleh pegawai penilai.


Low, Kah Choon and Embi, Muhamad Ali (2018) Kecukupan maklumat penilaian dalam melestarikan proses penilaian prestasi kerja oleh pegawai penilai. In: Proceedings of national conference on governance and development, 29-30 Oktober 2018, UUM Sintok.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pegawai penilai memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses penilaian prestasi kerja pegawai yang dinilai dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun, pegawai penilai dikatakan mempunyai maklumat penilaian yang kurang mencukupi dari segi pelaksanaan proses penilaian prestasi dan pemantauan prestasi kerja. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk cross-sectional survey dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Responden kajian adalah 488 orang Pegawai Penilai Pertama dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berkhidmat dalam Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Putrajaya. Hasil kajian mendapati pegawai penilai memerlukan dua jenis maklumat penilaian iaitu maklumat berkaitan sistem penilaian prestasi dan maklumat berkaitan pemantauan kerja. Majoriti pegawai penilai bersetuju bahawa mereka mempunyai maklumat sistem dan maklumat pemantauan yang mencukupi. Hasil kajian ini memberi pendedahan penting kepada Pengurus Sumber Manusia dan pegawai penilai akan faktor kecukupan maklumat yang harus diberi tumpuan dalam melestarikan proses penilaian prestasi kerja bagi memastikan matlamat penilaian yang objektif, adil dan telus dapat dicapai.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kecukupan maklumat penilaian, melestarikan proses penilaian prestasi kerja, pegawai penilai, sektor awam.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 13 May 2019 01:45
Last Modified: 13 May 2019 01:45
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/25955

Actions (login required)

View Item View Item