UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Faktor sistem dan kepuasan pengguna terhadap PERSIS: Kajian di kalangan kakitangan pentadbiran (perkeranian) di Universiti Utara Malaysia


Ibrahim, Hadziroh and Mohd Shamsudin, Faridahwati and Mohd Zin, Md. Lazim (2008) Faktor sistem dan kepuasan pengguna terhadap PERSIS: Kajian di kalangan kakitangan pentadbiran (perkeranian) di Universiti Utara Malaysia. In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (162kB)

Abstract

Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) di UUM dikenali sebagai PERSIS. Ia digunakan dengan meluas di kalangan kakitangan pentadbiran untuk membantu melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia agar lebih sistematik dan tersusun. Tetapi persoalannya di sini ialah: “Sejauh manakah ia berjaya dilaksanakan?” Kejayaan pelaksanaan PERSIS selalunya dihubungkaitkan dengan kepuasan pengguna terhadap sistem tersebut. Berdasarkan sorotan susastera, antara faktor yang telah dibuktikan mempunyai pengaruh yang kuat dengan kepuasan pengguna terhadap SMSM ialah faktor sistem. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor sistem dengan tahap kepuasan pengguna PERSIS di kalangan kakitangan pentadbiran (perkeranian) di UUM. Sejumlah 132 borang soal selidik telah digunakan untuk tujuan analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat dan positif antara faktor sistem dan kepuasan pengguna. Faktor sokongan,mudah guna dan berguna telah dikenal pasti sebagai faktor yang paling kuat mempengaruhi kepuasan pengguna terhadap PERSIS. Justeru itu, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak-pihak yang terlibat agar mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kejayaan pelaksanaan PERSIS akan menjadi satu aspek kepada UUM untuk terus unggul di persada dunia pendidikan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government.
Uncontrolled Keywords: pengurusan sumber manusia, sistem maklumat, sistem maklumat sumber manusia, kepuasan kerja
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2011 01:07
Last Modified: 26 Apr 2016 03:07
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2599

Actions (login required)

View Item View Item