Hassan, Zuraida and Zainal, Ariffin (2008) Peranan majikan dalam mempengaruhi gelagat keselamatan pekerja: Kajian rintis di kalangan kakitangan Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang. In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (151kB) |
Abstract
Kemalangan di tempat kerja boleh disebabkan oleh beberapa faktor misalnya kegagalan majikan untuk menyediakan prosedur keselamatan yang baik atau kerosakan pada mesin. Gelagat keselamatan pekerja ketika bekerja juga dilihat memberikan impak yang sama ke atas tahap keselamatan di tempat kerja. Gelagat keselamatan pekerja boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya peranan majikan dalam mempupuk sikap mementingkan keselamatan di kalangan pekerja. Maka, pengkaji berminat untuk mengkaji hubungan antara peranan majikan dan gelagat keselamatan pekerja. Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada kakitangan Unit Kecemasan, Hospital Kuala Nerang, Kedah. Maklumat mengenai kajian dikutip menggunakan soal selidik. Hasil analisis statistikal membuktikan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Perbincangan terperinci dilakukan bagi menghuraikan penemuan kajian. Pengkaji juga mencadangkan supaya latihan pengukuhan dilaksanakan sebagai langkah yang boleh diambil oleh majikan dalam memastikan pekerja mempamerkan gelagat keselamatan yang positif di tempat kerja.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government. |
Uncontrolled Keywords: | gelagat keselamatan, peranan majikan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | School of Business Management |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 02 Mar 2011 09:00 |
Last Modified: | 07 Dec 2016 02:47 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2621 |
Actions (login required)
View Item |