mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kelestarian teknologi sistem pengurusan pembelajaran (lms) dalam persekitaran pembelajaran elektronik

Mat Yamin, Fadhilah and Wan Ishak, Wan Hussain and Ibrahim, Amlus Kelestarian teknologi sistem pengurusan pembelajaran (lms) dalam persekitaran pembelajaran elektronik. In: UNSPECIFIED.

[thumbnail of FullReport.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan dan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan suatu pendorong utama terhadap perkembangan aplikasi pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran. Melalui teknologi ICT, pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah tanpa mengira batasan fizikal dan masa. Dewasa ini, kebanyakan institusi pengajian tinggi di Malaysia telah mengaplikasikan e-pembelajaran dalam struktur akademik mereka. Sistem pengurusan pembelajaran atau LMS merupakan salah satu alatan utama yang digunakan bagi menyokong e-pembelajaran. LMS digunakan untuk mentadbir urus perlaksanaan e-pembelajaran, repositori bagi bahan-bahan pengajaran serta medium komunikasi di antara pensyarah dan pelajar. Selaras dengan perkembangan ICT, pelbagai aplikasi lain seperti Facebook, twitter dan blog telah dibangunkan dan boleh digunakan sebagai sokongan dalam e-pembelajaran. Meskipun aplikasi ini pada asalnya berfungsi sebagai medum sosial, ianya telah mula digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Sehubungan itu, kajian ini bermatlamat untuk mengukur kelestarian LMS berikutan wujudnya teknologi alternatif seperti ini. Dalam kajian ini dua teori telah digabungkan iaitu teori penerimaan iaitu Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan teori kepuasan penggunaan teknologi iaitu End User Computing Satisfaction (EUCS). Menurut kajian lepas, penggabungan ini perlu bagi melihat keberkesanan sesuatu teknologi secara lebih menyeluruh. Berikutan itu kajian telah menjana enam hipotesis. Empat daripada hipotesis tersebut didapati significan manakala dua hipotesis didapati tidak significan. Dapatan ini diperolehi melalui kaji selidik yang melibatkan kumpulan pelajar di Universiti Utara Malaysia. Sebanyak 1000 borang kaji selidik telah diedarkan dan 500 maklum balas telah diterima. Dari jumlah itu, hanya 385 borang soal selidik sahaja yang dianalisis.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 11 Jul 2019 03:32
Last Modified: 11 Jul 2019 03:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26215

Actions (login required)

View Item View Item