Bahadin, Siti Azura (2009) Faktor penarik di kalangan guru-guru (SAR) tanpa bantuan kerajaan. In: Seminar Antarabangsa Pendidikan ICT Bernuansa Islami, 19-20 Disember 2009, Banda Acheh, Indonesia. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (210kB) |
Abstract
Kajian mengenai faktor penarik bagi guru-guru sekolah agama rakyat (SAR) tanpa bantuan kerajaan telah dijalankan ke atas sepuluh (10) orang responden yang berkhidmat di empat buah sekolah agama rakyat (SAR) di sekitar Perak Tengah iaitu Maahad al-Abbasiah, Sekolah Menengah Agama Rakyat Taufiqiyah Diniyah, Maahad al-Islah dan SMAR Idrisiah, Perak. Kajian menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual berstruktur. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor penarik yang menyebabkan guru-guru SAR masih kekal dan setia berkhidmat di sekolah, melihat taraf hidup dan ekonomi rumahtangga guru-guru SAR dan seterusnya untuk melihat pendirian guru-guru SAR terhadap dasar kerajaan kini. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 26 faktor penarik kesetiaan guru-guru SAR di sekolah masing-masing. Faktor-faktor ini bukan sahaja faktor dalam individu itu sendiri tetapi juga luaran juga seperti untuk mempertahankan kurikulum SAR sepenuhnya. Kajian ini berjaya membongkar keadaan taraf hidup dan ekonomi rumahtangga guru-guru SAR dari kacamata yang sebenar. Rata-rata guru-guru SAR mempunyai persepsi tersendiri dengan kerajaan selepas mengambilalih SAR ke SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan). Keseluruhannya mereka tetap dengan pendirian tidak akan menerima tawaran ke skim SABK. Cadangan agar guru-guru SAR dibela nasibnya dan pelajar-pelajar SAR mendapat pengikhtirafan sewajarnya. Selain itu sekolah-sekolah SAR amat memerlukan infrastruktur dan prasaarana sekolah yang lengkap bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | Anjuran bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Syiah Kuala (Unsyiah) |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mdm. Siti Azura Bahadin |
Date Deposited: | 03 Mar 2011 00:23 |
Last Modified: | 30 Sep 2012 05:46 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2633 |
Actions (login required)
View Item |