mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perdebatan isu productivity linked wages system (PLWS) dalam perundingan kolektif Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU)

Kee Mohd Yussof, Kee Y. Sabariah and Ahmad, Mahadirin (2008) Perdebatan isu productivity linked wages system (PLWS) dalam perundingan kolektif Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU). In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)

[thumbnail of Pages_from_NHRM_proceedings_2008_160708-222.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (141kB)

Abstract

Kajian ke atas 70 orang ahli kesatuan sekerja yang menganggotai Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU) dalam menilai persepsi mereka terhadap upah yang diperjuangkan dalam perundingan kolektif (2003 -2005). Ahli SBEU berusaha mendapatkan peningkatan upah sebanyak 10 peratus hingga 12 peratus daripada pihak majikan. Perdebatan berlaku antara majikan dan ahli SBEU di mana majikan enggan memberikan peningkatan upah melebihi 5 peratus dengan alasan Indeks Harga Pengguna (IHP) berada pada tahap yang rendah (1.4%) pada masa itu. Perundingan kolektif yang mengambil masa selama 21 bulan telah menemui jalan buntu sehingga menyebabkan pihak ketiga campur tangan dalam mencari penyelesaian.Akhirnya majikan menawarkan kepada ahli SBEU peningkatan upah melebihi 5 peratus dengan syarat memansuhkan bonus tahunan dan hanya memberikan bonus berdasarkan prestasi sahaja. Sebelum ini ahli SBEU menerima bonus tahunan dua bulan gaji dan bonus berdasarkan prestasi. Oleh itu ahli SBEU enggan menerima tawaran majikan untuk memansuhkan bonus tahunan kerana merasa satu kerugian yang besar dan adalah mustahil untuk memperolehinya pada perjanjian kolektif yang akan datang. Jika dilihat dari sudut positif, tindakan majikan menetapkan agar bonus berdasarkan prestasi sahaja diberikan kepada pekerja adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam mengamalkan Sistem Gaji Berasaskan Produktiviti (PLWS).Walaubagaimanapun daripada perspektif ahli SBEU, amalan PLWS akan mengurangkan motivasi mereka untuk bekerja dan ada sesetengah pekerja yang hanya menerima bonus yang rendah kerana prestasi yang kurang baik. Perdebatan ini berakhir dengan penerimaan ahli SBEU terhadap peningkatan upah sebanyak 5 peratus sahaja dan menolak tawaran majikan untuk menerima peningkatan upah yang lebih tetapi memansuhkan bonus tahunan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 06 Mar 2011 03:14
Last Modified: 03 May 2017 00:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2641

Actions (login required)

View Item View Item