mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Isu dan cabaran dalam logistik di kalangan ejen freight & forwarding: kajian kes di xyz

Rashid, Muhd Fadhlullah (2018) Isu dan cabaran dalam logistik di kalangan ejen freight & forwarding: kajian kes di xyz. In: Proceedings of the Post-Conference Colloquium in conjunction with 2nd CTOM, 5 March 2018, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of muhdfazullah.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (107kB)

Abstract

Perkembangan dalam teknologi lebih dari 15-20 tahun yang lepas telah menyediakan banyak informasi dan visualisasi dalam proses pengeluaran produk yang mana ianya memberi kesan kepada peningkatan terhadap bidang logistik. Sumber daripada Bank Negara dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kadar Import dan Eksport barangan Malaysia meningkat antara 5 % - 7 % bermula 2011 - 2015. Peningkatan ini telah memberi peluang kepada syarikat freight & forwarding dalam urusan penghantaran barangan daripada pengeluar (kilang) ke Pemborong/pengilang. Penghantaran sesuatu barangan daripada pembekal (kilang) adalah lebih mudah jika menggunakan khidmat ejen freight & forwarding yang mana ianya menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi barangan yang diminta oleh pelanggan samaada just in time ataupun door to door. Syarikat XYZ adalah merupakan syarikat ejen penghantaran barangan di Rantau Panjang, Kelantan. Syarikat XYZ telah didaftarkan secara rasminya pada 11 September 2001 dengan modal berbayar sebanyak RM 100,000.00. Skop kerjanya adalah mengurus dokumen kastam melalui eDeclare, pelepasan kastam, dan penghantaran barangan freight & forwarding import dan eksport samada incoterms CIF dan FOB bergantung kepada kehendak pelanggan. Hasil daripada temubual bersama wakil syarikat XYZ mendapati Isu seperti kekurangan informasi daripada agensi-agensi kerajaan, kekurangan tenaga mahir daripada syarikat XYZ, masalah berkaitan dengan sistem teknologi dan maklumat dan penghantaran borang permohonan oleh pengguna kepada syarikat XYZ di saat akhir merupakan isu yang sentiasa berlaku di sini. Isu tersebut menjadi cabaran kepada syarikat XYZ untuk mengoptimakan keuntungan syarikat mereka dengan keadaan pelanggan yang semakin berkurang sebanyak 70 % iaitu daripada 100 pelanggan kepada 30 pelanggan sahaja setahun sejak beroperasi 17 tahun di sini. Syarikat XYZ hanya bergantung kepada perkhidmatan domestik sahaja dan ianya menjadi persaingan kepada syarikat-syarikat ejen freight & forwarding di Pantai Timur khususnya Kelantan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: logistik, freight & forwarding, import, eksport
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 18 Sep 2019 02:31
Last Modified: 18 Sep 2019 02:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26414

Actions (login required)

View Item View Item