mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan modal insan dalam organisasi: Perspektif pengurusan Islam

Abbas, Rashidi (2008) Pengurusan modal insan dalam organisasi: Perspektif pengurusan Islam. In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)

[thumbnail of Pages_from_NHRM_proceedings_2008_160708000111.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (112kB)

Abstract

Pengkaji barat yang popular dengan pengurusan secara saintifik, telah berjaya mengutarakan beberapa teori yang bernas dan mereka telah memisahkan organisasi pengurusan daripada agama dan kepercayaan.Pendekatan saintifik ini juga telah dipraktikan di dalam semua bentuk pengurusan dan hasilnya dikatakan telah membawa banyak perubahan kepada organisasi dan telah meningkatkan produktiviti syarikat. Perkara ini sememangnya menjadi matlamat sistem pengurusan barat yang berorentasikan kebahagiaan keduniaan semata-mata tanpa mengira faktor modal insan yang perlu diberi perhatian. Kertas kerja ini akan menyingkap sistem pengurusan Islam, pendekatan organisasi dalam mendokong harapan negara untuk melahirkan insan yang sebenar-benarnya dan akhirnya akan mencapai konsep alfalah. Pengurusan Islam dalam pengurusan kerja akan menyentuh tentang konsep kerja dalam Islam dan pengawasan dalam bekerja. Sehubungan dengan itu pengurusan modal insan saling berkaitan dengan ahli organisasi itu sendiri atau tenaga kerja yang terdapat dalam organisasi itu. Justeru itu, matlamat akhir organisasi dalam Islam bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata tetapi ada yang lebih penting dari keuntungan di dunia iaitu mencapai reda Allah SWT. Bermula dari langkah inilah manusia akan berfungsi menurut acuan yang benar dari Islam dan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti dalam masyarakat dan Negara. Manusia adalah makhluk yang dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Kenapa Allah memilih manusia untuk memperkukuhkan ajaran Islam? Sudah tentu ada hikmah disebaliknya yang akan diungkap secara lengkap dalam kertas kerja ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government.
Uncontrolled Keywords: Teori pengurusan Islam, pengurusan organisasi.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 06 Mar 2011 02:17
Last Modified: 26 Apr 2016 00:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2658

Actions (login required)

View Item View Item