mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia

Mohamed, Nurina Awanis and Ajis, Mohd Na’eim and Md. Zain, Zawiyah (2019) Cabaran dalam menguruskan pendatang asing tanpa izin di depot tahanan imigresen Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 15 (3). pp. 76-89. ISSN 26827727

[thumbnail of GMJSS 15 3 2019 76 89.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (337kB) | Request a copy

Abstract

Kebanyakan negara maju menggunakan pendekatan depot tahanan sebagai instrumen utama dalam mengawal dan mengusir pendatang asing tanpa izin (PATI). Instrumen ini turut dipraktikkan di negara-negara membangun, termasuklah Malaysia. Terdapat beberapa prosedur dan standard yang perlu dipatuhi oleh pihak kerajaan dalam menguruskan tahanan yang melibatkan PATI seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang antarabangsa.Namun, peruntukan undang-undang tersebut kadang-kala sukar untuk dipenuhi disebabkan oleh beberapa kekangan dan masalah yang terpaksa dihadapi. Kertas kerja ini dilakukan bertujuan bagi meneliti cabaran yang terpaksa dihadapi dalam menguruskan PATI yang ditahan di depot tahanan imigresen. Penelitian kajian hanya tertumpu di depot tahanan Belantik di Sik, Kedah. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif berbentuk temu bual secara mendalam digunakan melibatkan beberapa pegawai di depot tahanan Belantik. Selain itu, kajian turut menggunakan kaedah perbincangan secara berkumpulan melibatkan 150 orang tahanan. Hasil temu bual mendapati bahawa terdapat lima cabaran yang dihadapi oleh pihak imigresen dalam menguruskan tahanan, iaitu menyediakan kemudahan penginapan, proses mengenal pasti identiti tahanan, kesukaran untuk berkomunikasi dengan tahanan, sistem teknologi yang terhad dan sering mengalami masalah ketiadaan bekalan air. Kesimpulannya, kerajaan perlu membuat pemantauan di setiap depot tahanan dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak depot tahanan tidak menghadapi sebarang masalah kritikal. Hal ini sekaligus dapat memenuhi standard seperti yang telah diperuntukkan dalam undang-undang hak asasi antarabangsa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: cabaran, depot tahanan, pendatang asing tanpa izin, pengurusan, tahanan, undangundang antarabangsa
Subjects: K Law > KZ Law of Nations
Divisions: School of Law
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Nov 2019 02:34
Last Modified: 20 Nov 2019 02:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26611

Actions (login required)

View Item View Item