mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesesuaian agihan zakat al-Gharimin dalam penyelesaian hutang peserta Amanah IKhtiar Malaysia (AIM)

Md Tahir, Raziah and Md Yusof, Syarifah and Othman, Azizah (2019) Kesesuaian agihan zakat al-Gharimin dalam penyelesaian hutang peserta Amanah IKhtiar Malaysia (AIM). In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAYED 2019 115 130.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (122kB) | Request a copy

Abstract

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan satu institusi yang menawarkan pembiayaan mikro kepada masyarakat miskin terutamanya di luar bandar bagi menjalani pelbagai aktiviti keusahawan untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah yang terlibat. Umumnya, pembiayaan mikro ini dijadikan modal bagi golongan usahawan berniaga secara kecil-kecilan. Pembiayaan tersebut perlu dibayar balik secara ansuran mingguan mengikut tempoh yang dipilih oleh peserta AIM. Lazimnya, peserta AIM menganggap pembiayaan mikro ini sebagai satu bentuk hutang yang wajib dibayar setiap minggu. Namun ada segelintir peserta yang tidak mampu menjelaskan hutang tersebut atas sebab-sebab tertentu. Peserta AIM yang tidak mampu menjelaskan hutang ini boleh digelar sebagai orang yang berhutang untuk keperluan hidup atau daruriyyah. Dalam pengurusan zakat, orang-orang yang berhutang untuk tujuan daruriyyah ini tergolong dalam asnaf al-gharimin yang layak menerima bantuan zakat. Kertas kerja ini cuba meneliti dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti masalah bayaran balik hutang AIM dalam kalangan peserta. Kedua, mengenal pasti kesesuaian agihan zakat algharimin kepada peserta AIM dalam penyelesaian hutang. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu data dan maklumat berkaitan diperolehi melalui kaedah temu bual. Informan temu bual terdiri daripada peserta AIM, pihak pengurusan AIM, panel syariah zakat dan ahli akademik dalam bidang zakat. Maklumat yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian ini diharap dapat mencadangkan kaedah penyelesaian terhadap masalah bayaran balik hutang peserta AIM dan mewujudkan rantaian kerjasama antara pihak AIM dengan pihak pengurusan zakat negeri dalam membantu golongan asnaf al-gharimin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Agihan zakat, al-gharimin, hutang, pembiayaan mikro, Amanah Ikhtiar
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Dec 2019 02:11
Last Modified: 10 Dec 2019 02:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26632

Actions (login required)

View Item View Item