Othman, Azizah and Md Yusof, Syarifah and Md Tahir, Raziah and Hashim, Norashidah and Makhsin, Mardzelah (2019) Peranan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam pembangunan pendidikan golongan asnaf. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (211kB) | Request a copy |
Abstract
Pendidikan di dalam Islam adalah sangat penting kerana ayat al-Quran yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah SAW ialah surah al-‘Alaq ayat satu hingga lima. Proses untuk mencapai tahap pendidikan yang baik memerlukan dana kewangan yang tinggi dan bukan semua pihak yang berkemampuan terutama golongan asnaf. Kemiskinan harta ditambah dengan kemiskinan jiwa amat merbahaya kerana ia boleh mendorong individu berkenaan untuk menggadaikan maruah diri dan akidah demi sesuap nasi. Zakat sebagai instrumen yang sifatnya menjamin keadilan sosial dalam masyarakat boleh memainkan peranan yang aktif dan efisien membantu golongan yang miskin.Tidak wajar kita membiarkan golongan yang miskin terus hidup dalam kemiskinan jiwa dan harta kerana sumbangan zakat boleh memberikan harapan kepada mereka untuk mengubah status kehidupan terutamanya melalui bantuan pendidikan. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat dan menilai sejauhmana peranan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam membantu pelajar yang terdiri dari asnaf fakir, miskin dan fi-sabilillah. Metodologi kualitatif dilaksanakan dengan menemubual informan yang berkaitan. LZNK telah memainkan peranan yang agak proaktif dalam membantu asnaf melalui pelbagai bantuan pendidikan. Jumlah agihan yang besar disalurkan kepada pendidikan melalui pelbagai program. Bantuan LZNK untuk pendidikan bermula dari sekolah menengah hingga ketahap pendidikan yang lebih tinggi seperti pengajian doktor falsafah. Kajian mendapati ramai penerima bantuan telah berjaya mengubah status hidup mereka dan kini mereka menjadi penyumbang zakat di LZNK. Kajian mencadangkan agar LZNK mengemaskini profail penerima bantuan pendidikan yang berjaya dan membuat penambaikan dari kaedah pemantauan penerima dan proses penerimaan wang zakat untuk pelajar luarnegara serta membuka bantuan kepada anak-anak asnaf dari sekolah rendah.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Zakat, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Pembangunan, Pendidikan, Asnaf |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
Divisions: | Islamic Business School |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 03 Dec 2019 07:02 |
Last Modified: | 03 Dec 2019 07:02 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26642 |
Actions (login required)
View Item |