Omar, Siti Nur Zahirah and Mohamad, Maliani and Basarud-din, Siti Khalilah and Abu Bakar, Azizi (2019) Faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja dalam kalangan pekerja sektor swasta. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (197kB) | Request a copy |
Abstract
Kepuasan kerja pada dasarnya adalah merupakan antara isu yang sentiasa diberi perhatian dalam setiap organisasi termasuklah sektor awam mahupun swasta. Kepuasan kerja dilihat sebagai satu perkara yang penting di mana pekerja memberi sumbangan kepada organisasi untuk mencapai matlamat mereka. Kepuasan kerja adalah bersifat individual dan merupakan isu yang sentiasa diperkatakan dan sering menjadi punca permasaalahan antara pihak majikan dan pekerja pada masa kini. Secara tidak langsung akan menyebabkan matlamat organisasi tidak tercapai. Isu kepuasan kerja semakin diminati oleh para penyelidik untuk menjalankan penyelidikan dan seterusnya dapat menyumbang idea-idea baru dan merangka strategi yang baru dalam mengurangkan konflik yang berlaku antara pekerja dan pekerja mahupun antara pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan satu model kerangka kerja kajian iaitu untuk menyelidik hubungan antara gaji, penyeliaan,keadaan ditempat kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan pekerja sektor swasta di Negeri Kedah. Model kajian ini dibangunkan berdasarkan kepada tinjauan literatur yang telah dilakukan terlebih dahulu. Setelah dikenalpasti, kajian ini mengemukakan satu pembolehubah bebas yang terlibat iaitu gaji, penyeliaan, keadaan ditempat kerja. Seterusnya kajian ini menjadikan kepuasan kerja sebagai pembolehubah bersandar kajian. Rumusan, kesan serta cadangan kajian masa hadapan turut dikemukakan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | Kepuasan kerja, gaji, penyeliaan, keadaan ditempat kerja. |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Islamic Business School |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 15 Dec 2019 03:05 |
Last Modified: | 15 Dec 2019 03:05 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26653 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |