UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pelaksanaan Al-Tawriq (kaedah kecairan) ke atas tanah komersial wakaf: kajian kes di Pulau Pinang


Johari, Fuadah and Haji Hashim, Hydzulkifli and Atan, Nur Atika (2019) Pelaksanaan Al-Tawriq (kaedah kecairan) ke atas tanah komersial wakaf: kajian kes di Pulau Pinang. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (325kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik tadbir urus dan pelaksanaan al-Tawriq yang telah dilaksanakan di Malaysia. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan sesi temubual dengan wakil dari Majlis Agama Islam terpilih. Walau bagaimanapun, penulisan kertas penyelidikan ini menumpukan hasil temubual bersama dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mengenai pelaksanaan al-Tawriq di negeri tersebut. Hasil temubual mendapati bahawa MAINPP telah melaksanakan kaedah alTawriq di salah satu projek perumahan mereka yang merupakan projek pembangunan perumahan kos rendah di Butterworth, Pulau Pinang. Amalan al-Tawriq bagi pelaksanaan projek tersebut adalah selari dengan model yang dicadangkan iaitu dengan menjual aset wakaf yang telah dibangunkan menjadi perumahan kos rendah untuk menghasilkan tunai bagi membangunkan projek wakaf yang lain. Keberkesanan penyelidikan ini terletak kepada konsep al-Tawriq sebagai penyelesaian alternatif kepada pembangunan aset-aset wakaf di Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti aset wakaf dengan mewujudkan kecairan tunai sebagai sumber dana baharu kepada perbelanjaan penyelenggaraan ataupun pembangunan wakaf. Model al - Tawriq ini didapati mempunyai keupayaan sebagai dimensi dan inovasi baru ke atas amalan wakaf memastikan aset wakaf menjadi lebih produktif, dapat dimanfaatkan oleh penerima manfaat, dan jariah pahalanya boleh berjalan, berterusan dan memberi impak yang positif kepada sektor ekonomi ketiga (Ekonomi Ijtima'i) dan meningkatkan pembangunan Ummah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: al-Tawriq, Kecairan aset wakaf, Wakaf komersial.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Dec 2019 03:21
Last Modified: 15 Dec 2019 03:21
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/26667

Actions (login required)

View Item View Item