mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kutipan zakat menerusi konsep wakalah: satu sorotan awal

Raja Azam, Raja Muhd ‘Azman and Hj Long, Muhamad Noor Habibi (2019) Kutipan zakat menerusi konsep wakalah: satu sorotan awal. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAWED 2019 469 479.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (118kB)

Abstract

Zakat merupakan satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap muslim. Ia berpotensi untuk menurunkan jurang kemiskinan disamping meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam setempat. Namun objektif ini tidak akan tercapai sekiranya kutipan zakat tidak memuaskan. Pelbagai kaedah telah diambil oleh institusi zakat bagi memastikan jumlah kutipan zakat meningkat. Antara kaedah yang giat dilaksanakan oleh sesetengah institusi zakat adalah sistem wakalah yang mana wakil dilantik untuk membantu institusi khususnya dalam kutipan zakat. Walau bagaimanapun kajian ini hanya memberi fokus kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Badan Amil Zakat Nasional Indonesia yang telah melaksanakan wakalah dalam kutipan zakat mereka. Kajian ini adalah bertujuan untuk membandingkan sejauh mana keberkesanan perlaksanaan sistem wakalah dalam kutipan antara kedua institusi tersebut. Kajian ini juga menunjukkan bahawa perlaksanaan sistem wakalah memberi impak yang positif sekaligus berjaya meningkatkan jumlah kutipan zakat. Implikasi penting kajian ini ialah perlaksanaan sistem wakalah ini wajar diaplikasikan secara meluas oleh semua institusi zakat bagi memastikan jumlah kutipan zakat mampu menampung dan mengurangkan jurang kemiskinan setempat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Kutipan Zakat, Agen, Wakalah, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Badan Amil Zakat Nasional Indonesia
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jan 2020 01:56
Last Modified: 02 Jan 2020 01:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26674

Actions (login required)

View Item View Item