mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Wazan's road map 206-2019 (WARM'25): Transformasi pengurusan wakaf berdaya maju

Othman, Razali (2019) Wazan's road map 206-2019 (WARM'25): Transformasi pengurusan wakaf berdaya maju. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAWED 2019 494 509.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (986kB) | Request a copy

Abstract

Pertumbuhan sesebuah organisai terancam, perlahan atau terhenti bukanlah kerana pasaran tersebut telah tepu. Sebaliknya, kegagalan ini adalah kerana pihak pengurusan organisasi berkenaan gagal mentakrifkan perniagaan mereka dengan tepat (own myopia). Tambahan pula, paradigma organisasi hari ini telah beralih daripada perniagaan yang berorientasikan produk kepada perniagaan yang berorientasikan pengguna. Berlatarbelakangkan persoalan tersebut, kertas kerja berbentuk kajian awal di Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) ini dikemukakan untuk mencapai tiga tujuan. Pertama, mengenal pasti model WAZAN’s Road Map 2016-2025 (WARM’25) yang menjadi pendekatan hala tuju pengurusan wakaf di WAZAN, UPM. Kedua, menganalisis implikasi pendekatan model WARM’25 terhadap kutipan dan agihan dana wakaf di WAZAN, UPM. Ketiga, mencadangkan model pengurusan institusi wakaf yang berdaya maju kepada pentadbir-pentadbir wakaf di Malaysia. Data yang digunakan pula diperolehi daripada temu bual dan maklumat dalaman WAZAN. Data ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan serta teks tual. Dapatan kajian memberikan satu lagi dimensi baharu pendekatan model pengurusan institusi yang berdaya maju di institusi-institusi wakaf, khususnya di Majlis-majlis Agama Islam Negeri di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Wakaf, WARM’25, Transformasi Dana Wakaf, Waqf Myop
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jan 2020 02:24
Last Modified: 02 Jan 2020 02:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26676

Actions (login required)

View Item View Item