mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Meneroka pelaksanaan mekanisme kutipan zakat perniagaan proaktif oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah12

Ahmad, Saudah and Jamaluddin, Noor Asma and Mohamad, Armanurah and Abdullah, Syahrul Faizaz and Abdullah, Syahrina (2019) Meneroka pelaksanaan mekanisme kutipan zakat perniagaan proaktif oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah12. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAWED 2019 510 520.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (111kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneroka perlaksanaan mekanisme proaktif bagi mengutip zakat perniagaan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Pelbagai pendekatan dan mekanisme penerangan serta kutipan zakat perniagaan dilaksanakan kerana jumlah kutipan zakat perniagaan masih belum mencapai sasaran walaupun jumlah usahawan Muslim semakin ramai. Satu temu bual bersemuka dengan pegawai LZNK menggunakan protokol temu bual berstruktur serta analisis dokumen telah dijalankan untuk meneroka mekanisme proaktif yang dilaksanakan oleh LZNK. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai mekanisme proaktif yang dipraktikkan oleh LZNK. Antaranya ialah kempen ziarah ke kompleks perniagaan bagi mendekati usahawan Muslim termasuk di luar waktu pejabat, pewujudan mekanisme kutipan zakat yang inovatif menggunakan teknologi maklumat seperti platform pembayaran zakat atas talian serta seruan di media sosial, penawaran mekanisme agihan balik kepada pembayar korporat, pelaksanaan projek dan skim bantuan zakat berimpak tinggi serta seruan zakat secara tidak langsung melalui pelbagai saluran. Pelaksanaan mekanisme proaktif dipercayai berjaya menyumbang kepada peningkatan jumlah kutipan zakat perniagaan walaupun masih belum mencapai jumlah kutipan sasaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Lembaga Zakat Negeri Kedah, Mekanisme Kutipan Zakat Perniagaan, Usahawan Muslim, Zakat Perniagaan dan Zakat Proaktif
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jan 2020 02:25
Last Modified: 02 Jan 2020 02:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26677

Actions (login required)

View Item View Item