UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Lembaga zakat negeri Kedah dan Lembaga Tabung Haji Malaysia: kerjasama ke arah sinergi pemerkasaan ekonomi dan pembangunan ummah menerusi strategi lautan biru (Blue Ocean Strategy, BOS)


Ismail, Sharifah (2019) Lembaga zakat negeri Kedah dan Lembaga Tabung Haji Malaysia: kerjasama ke arah sinergi pemerkasaan ekonomi dan pembangunan ummah menerusi strategi lautan biru (Blue Ocean Strategy, BOS). In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (195kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini merupakan satu tinjauan awal bagi menawarkan kerangka konsepsual pengurusan inter-organisasi Islam yang inklusif disesuaikan dari strategi lautan biru khusus untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Lembaga Tabung Haji (LTH). Kajian ini menggunakan kaedah kajian berbentuk kualitatif. Data kajian yang dkumpulkan menggunakan pelbagai jenis teknik pengumpulan data seperti analisis dokumen, kajian kes, pemerhatian peserta dan bukan peserta, temu bual dan nota lapangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi lautan biru boleh menjadi pemangkin di dalam mencapai visi dan misi LZNK dan LTH seterusnya menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi ummah. Selain daripada itu, sesuai dengan perkembangan dan cabaran kontemporari, kerjasama strategik merentas organisasi berasaskan inovasi merupakan perkara yang imperatif bagi institusi-institusi agama di negara ini. Oleh itu, kajian ini mencadangkan satu kerangka modul pengurusan Islam berteraskan strategi lautan biru yang berupaya menjadi input baru serta modul kualiti penambahbaikan terutamanya kepada LZNK, LTH dan insitusi Islam yang lain di negara ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Lembaga Zakat Negeri Kedah, Lembaga Tabung Haji Malaysia, Strategi Lautan Biru, Pembangunan Sosio-Ekonomi
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jan 2020 02:29
Last Modified: 02 Jan 2020 02:29
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/26679

Actions (login required)

View Item View Item