mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Program bimbingan muallaf di Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA): pelaksanaan proses pengajaran solat

Abdullah, Syahrul Faizaz and Abu Yazid, Afifah and Abdullah, Syahrina and Mohamad, Armanurah and Jamaluddin, Noor Asma and Ahmad, Saudah (2019) Program bimbingan muallaf di Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA): pelaksanaan proses pengajaran solat. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAWED 2019 579 591.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (137kB) | Request a copy

Abstract

Muallaf yang baru memeluk Islam memerlukan bimbingan tentang asas-asas ajaran Islam bagi memastikan mereka dapat mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan terus kekal dalam Islam. Di Negeri Kedah Darul Aman, usaha membimbing muallaf dilaksanakan secara rasminya oleh Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah bimbingan yang dilaksanakan ini dapat membantu menambahkan pengetahuan dan penghayatan muallaf tentang asas- asas agama Islam? Oleh itu, kertas kerja ini akan menganalisis salah satu daripada aspek tersebut iaitu dari segi bimbingan solat. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) yang memfokuskan kepada penilaian proses iaitu penerokaan pelaksanaan pengajaran solat dalam kalangan muallaf di PUSBA. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik pengumpulan data menggunakan temu bual bersemuka. Hasil analisis mendapati terdapat dua bentuk program bimbingan, iaitu secara bulanan yang dilaksana selama empat bulan di PUSBA, dan satu lagi berbentuk mingguan yang dibuka kepada muallaf yang tidak dapat mengikuti program bulanan. Kaedah pengajaran bimbingan solat pula dilaksanakan dalam bentuk kuliah, demonstrasi, amali, soal-jawab dan kaedah mengikut tahap dan kemampuan pelatih. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelatih untuk program berbentuk bulanan melakukan latihan amali apabila melaksanakan solat lima waktu secara berjemaah di surau PUSBA kerana ia merupakan rutin harian yang telah ditetapkan. Latihan amali ini dapat meningkatkan lagi penghayatan pelatih PUSBA terhadap pelaksanaan solat serta memantapkan lagi keimanan mereka. Kajian ini mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam dijalankan terhadap proses pengajaran ini dengan menemubual tenaga pengajar dan pelatih PUSBA untuk lebih memahami proses pengajaran yang dilaksanakan. Justeru itu, input tambahan yang diperoleh daripada mereka boleh memantapkan lagi proses pengajaran di PUSBA.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Bimbingan, Model CIPP, Muallaf, Pengajaran, Solat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jan 2020 06:32
Last Modified: 02 Jan 2020 06:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26682

Actions (login required)

View Item View Item