mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Konsep perbelanjaan keperluan asas dalam pengiraan zakat pendapatan: kajian terhadap pengamalannya di Malaysia

Zainol Abidin, Hairon and Long, Muhamad Noor Habibi (2019) Konsep perbelanjaan keperluan asas dalam pengiraan zakat pendapatan: kajian terhadap pengamalannya di Malaysia. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAWED 2019 666 679.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (221kB) | Request a copy

Abstract

Zakat Pendapatan dikira setelah jumlah pendapatan ditolak perbelanjaan yang dibenarkan iaitu keperluan asas dan sebagainya. Namun terdapat perbezaan yang agak ketara dalam senarai perbelanjaan keperluan asas yang dibenarkan mengikut negeri-negeri di Malaysia. Kedah hanya menyenaraikan tiga jenis perbelanjaan sahaja iaitu untuk diri, isteri dan anakanak. Sedangkan Perlis pula menyenaraikan sepuluh item iaitu termasuk juga pemberian kepada ibubapa, kos perubatan, pendidikan, kediaman, kenderaan, potongan KWSP dan simpanan di Tabung Haji. Manakala negeri-negeri yang lain berada di pertengahan di mana kebanyakkannya enam hingga tujuh item. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui kajian dokumentasi dan penganalisaan melalui kaedah analisis kandungan dengan membuat perbandingan di antara negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini mengguna pakai pendekatan maqasid syariah dalam menilai keperluan yang selari dengan kehendak Islam. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa item yang merupakan keperluan asas pada masa ini telah diabaikan oleh sesetengah negeri. Oleh itu, definisi perbelanjaan untuk keperluan asas perlu dilihat semula oleh agensi-agensi yang berkenaan dengan mengambil kira faktor-faktor semasa yang lebih relevan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: zakat pendapatan, perbelanjaan keperluan asas,maqasid syariah.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 08 Jan 2020 03:17
Last Modified: 08 Jan 2020 03:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26687

Actions (login required)

View Item View Item