Abd Muin, Mohd Adib and Che Omar, Azizah and Shuib, Mohd Sollehudin (2019) Peranan sifat-sifat terpuji (Mahmudah) dalam keusahawanan sosial Islam: satu pengenalan dari perspektif media sosial dan Revolusi Industri 4.0. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Keusahawanan sosial Islam (KSI) merupakan salah satu aktiviti yang dapat menyeimbangkan kestabilan ekonomi negara. Bagi melaksanakan KSI secara holistik, usahawan tersebut perlu menerapkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam diri agar dapat mengelakkan diri dari sifat-sifat terkeji (mazmumah) dan dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan peranan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam KSI melalui perspektif media sosial dan revolusi industri 4.0 di Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk sumber al-Qur’an dan as-Sunnah. Hasil kajian menunjukkan bahawa peranan sifat-sifat terpuji (mahmudah) ini sangat besar dan perlu diutamakan dalam mencapai matlamat KSI melalui perspektif media sosial dan revolusi industri yang semakin pesat kerana ia dapat dijadikan sebagai panduan dan sempadan kepada para usahawan untuk meneruskan aktiviti muamalat yang berlandaskan hukum syarak. Antara sifat-sifat terpuji (mahmudah) itu adalah taubat, ikhlas, takut kepada Allah SWT, zuhud, sabar, syukur, tawakal, kasih sayang, redha dan mengingati mati. Oleh itu, perbincangan mendalam secara ilmiah akan dikupas dalam kajian ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran : Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA |
Uncontrolled Keywords: | Peranan, Sifat-Sifat Terpuji (mahmudah), Keusahawanan Sosial Islam, Media Sosial, Revolusi Industri 4.0. |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
Divisions: | School of Multimedia Technology & Communication |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 12 Jan 2020 07:44 |
Last Modified: | 12 Jan 2020 07:44 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26706 |
Actions (login required)
View Item |