mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Anjakan paradigma penyiaran negara sehingga 1957

Ab Ghani, Rohani and Mustaffa, Che Su (2019) Anjakan paradigma penyiaran negara sehingga 1957. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 23-24 Julai 2019.

[thumbnail of SMTC 2019 31 40.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan penyiaran Malaysia bermula sejak zaman pentadbiran British apabila pada awal tahun 1920-an, seorang jurutera British membawa masuk radio ke negara ini. Pengenalan perkhidmatan wayarles di negeri-negeri utama di Semenanjung Tanah Melayu menjadi permulaan kepada kewujudan sistem penyiaran di negara kita. Sejarah penyiaran Malaysia bermula di Singapura sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran kolonial pada masa itu. Sistem penyiaran negara telah melalui fasa yang penting berikutan dengan kemerdekaan negara yang memperlihatkan perpindahan pusat penyiaran nasional dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pusat penyiaran baru ini dikenali sebagai Jabatan Penyiaran Malaya dan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha memajukan negara selepas merdeka. Sejarah perkembangan penyiaran Malaysia seterusnya terus berkembang melalui kewujudan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan bangunan Angkasapuri.Peranan Angkasapuri sebagai pusat penyiaran nasional terus kekal hingga kini yang membawa wadah pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Kertas kerja ini membincangkan tentang anjakan paradigma penyiaran nasional sejak zaman kolonial sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sejarah penyiaran Malaysia menunjukkan bahawa ia bergerak selari dengan sejarah negara, melalui tempoh detik-detik penting seperti penjajahan British, zaman Jepun, zaman Darurat, kemerdekaan, konfrontasi Malaysia-Indonesia, pasca merdeka sehingga kini. Pendekatan kertas kerja ini adalah berbentuk historigrafi dan sumber-sumber yang digunakan adalah sumber-sumber primer yang dirujuk di Arkib Negara Malaysia, British National Archive dan akhbar. Selain itu, sumber lisan juga turut digunakan di samping sumber-sumber sekunder seperti buku dan artikel.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Jabatan Penyiaran Malaya, Radio Televisyen Malaysia, konfrontasi Malaysia-Indonesia, Angkasapuri dan zaman Darurat
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 12 Jan 2020 07:46
Last Modified: 12 Jan 2020 07:46
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26707

Actions (login required)

View Item View Item