mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan kekuatan dalaman staf dengan amalan perkongsian ilmu tersirat: kertas konsep

Mat Samsudin, Mohd. Amir (2019) Hubungan kekuatan dalaman staf dengan amalan perkongsian ilmu tersirat: kertas konsep. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[thumbnail of SMTL 2019 46 54.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (936kB) | Request a copy

Abstract

Kepentingan yang sangat ketara telah dinyatakan oleh penyelidikpenyelidik terdahulu berkaitan potensi dan manfaat perkongsian ilmu tersirat di kalangan staf organisasi. Di mana, pelbagai kaedah bagi menzahirkan ilmu tersirat kepada tersurat juga telah dicadangkan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu seperti sesi temuduga, grid repertori, penceritaan atau huraian peristiwa dan sebagainya. Ini kerana perkongsian ilmu tersirat merupakan faktor penting kepada kejayaan organisasi. Walaupun penzahiran dan penukaran ilmu tersirat kepada ilmu tersurat adalah perlu dilakukan bagi menjadikan ia berguna, namun perkongsian ilmu tersirat adalah sukar dilakukan dan staf pula enggan berkongsi ilmu tersirat yang mereka miliki. Ini kerana sifat-sifat peribadi staf itu sendiri seperti ketiadaan keyakinan diri yang menghalang proses perkongsian ilmu tersirat berlaku. Justeru, kajian ini mencadangkan rangkakerja konsepsual yang fokus kepada elemen-elemen kekuatan dalaman staf (keyakinan diri, beringat dan keikhlasan) yang mampu mendorong staf organisasi berkongsi ilmu tersirat yang dimiliki.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: Amalan perkongsian ilmu tersirat, kekuatan dalaman staf, keyakinan diri, beringat dan keikhlasan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 12 Jan 2020 07:48
Last Modified: 12 Jan 2020 07:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26709

Actions (login required)

View Item View Item