mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap pengetahuan komuniti luar bandar dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT): kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman

Talib, Azlizan and Yusoff, Mohd. Nazaruddin and Said, Mohd Syahril (2019) Tahap pengetahuan komuniti luar bandar dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT): kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[thumbnail of STML 2019 62 68.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (900kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meneroka tahap pengetahuan penduduk luar bandar dalam bidang ICT di dua perkampungan dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kajian dijalankan ke atas 200 orang responden dimana agihan seimbang dilakukan di dua kawasan tersebut. Kajian ini secara keseluruhannya membincangkan tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT. Kajian ini telah memberi gambaran yang jelas tentang tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT melibatkan aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. Secara umumnya, objektif kajian untuk mengenalpasti tahap penyertaan masyarakat dalam bidang ICT, mengenalpasti amalan kaedah pengurusan ICT, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang ICT dan mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan tahap pengetahuan ICT di kalangan penduduk kampung. Instrumen kajian melibatkan penggunaan borang soal-selidik dan temu bual bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang penguasaan bidang ICT di kalangan penduduk. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menghuraikan beberapa faktor yang mempengaruhi dan masalahmasalah yang sering dihadapi oleh penduduk dalam bidang ICT. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan ini ke arah mewujudkan pembangunan kawasan luar bandar yang lestari melalui penerapan kemudahan ICT.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: teknologi maklumat, pembangunan, luar bandar
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 12 Jan 2020 07:55
Last Modified: 12 Jan 2020 07:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26712

Actions (login required)

View Item View Item