Noor Din, Nor Fazilah and Isam, Hishamudin (2019) Isu politik dalam perbualan remaja Malaysia di facebook. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Populariti media sosial seperti Facebook saban hari menjadi faktor kepada golongan muda (remaja) memasuki ruang siber sebagai salah satu cara mewujudkan jaringan sosial, sehingga mampu membentuk bahasa komunikasi tersendiri. Antaranya peranan media sosial hari ini sebagai satu medium perluasan dan wahana untuk menyuarakan pandangan masyarakat yang merangkumi pelbagai isu lebih-lebih lagi berkaitan hal politik negara. Atas pertimbangan tersebut, kertas kerja ini menjelaskan fenomena penggunaan bahasa remaja dengan memperinci aspek pengenalpastian perincian tema perbualan remaja (aspek politik) di Facebook. Dengan menjadikan teori Natural Semantic Metalanguage (NSM) sebagai landasan, kajian ini telah menjalankan tinjauan terhadap 200 paparan siaran (Posting) 60 remaja Malaysia, yang terdiri daripada 30 remaja lelaki dan 30 remaja perempuan untuk meneliti isu politik dalam penulisan remaja di ruang utama status (Post) Facebook. Hasil dapatan menunjukkan, terdapat empat perincian tema politik yang menjadi pilihan remaja Malaysia iaitu aspek pemerintahan dan kerajaan, kuasa mengarah, aktiviti manusia, dan nasionalisme. Pada masa yang sama, dapatan kajian boleh digunakan untuk mendedahkan fenomena berbahasa dalam kalangan remaja Malaysia di Facebook. Selain fenomena berbahasa, dapatan ini juga dapat menjelasakan huraian bahasa yang digunakan berdasarkan pembentukan identiti, personaliti, serta emosi remaja Malaysia, dan akhirnya satu pemetaan profil remaja di Malaysia dapat dibentuk.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA |
Uncontrolled Keywords: | Maklumat perbualan, Remaja, Facebook, Siaran (posting),Politik |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | School of Multimedia Technology & Communication |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 14 Jan 2020 02:08 |
Last Modified: | 14 Jan 2020 02:08 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26715 |
Actions (login required)
View Item |