mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keberkesanan PSA iklan raya TNB: ‘Dugaan Raya Aida’ dalam kalangan pelajar UUM

Abdul Rahman @ Omar, Nur Hajar Hikmah and Abdul Hamid, Zauridah (2019) Keberkesanan PSA iklan raya TNB: ‘Dugaan Raya Aida’ dalam kalangan pelajar UUM. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[thumbnail of SMTC 2019 95 100.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (895kB) | Request a copy

Abstract

Iklan layanan masyarakat atau Public Service Announcement (PSA) merupakan jenis iklan yang digunakan untuk tujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat dan bukan bermotif untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Jika dilihat di Malaysia pada masa kini, kebanyakan iklan PSA ditayangkan mengikut musim terutamanya ketika menyambut perayaan yang utama bagi masyarakat Malaysia seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Antara matlamat utama iklan PSA yang ditayangkan untuk musim perayaan ialah menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya hubungan kekeluargaan antara ibubapa dan anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Keberkesanan sesuatu iklan PSA itu disebabkan oleh olahan mesej yang disampaikan menyebabkan perubahan emosi kepada penonton (Nur Akmal Halili et.al, 2016) dan juga pengunaan visual yang berkesan (Zubaidah Osman dan Nor Azura Adzharuddin, 2015). Kertas kerja ini akan membincangkan satu kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti samada faktor jalan cerita atau pengunaan visual yang menarik dalam sesuatu iklan PSA itu akan mempengaruhi keberkesanan sesuatu iklan PSA tersebut terhadap penontonnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: PSA, Visual yang menarik, Jalan Cerita
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Jan 2020 02:11
Last Modified: 14 Jan 2020 02:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26717

Actions (login required)

View Item View Item